OMH sedia untuk penyenaraian sekunder - Utusan Malaysia

OMH sedia untuk penyenaraian sekunder

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar bijih mangan dan feroaloi, OM Holdings Limited (OMH) bersedia untuk penyenaraian sekundernya berikutan kelulusan yang telah diterima daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia Securities Berhad (BMS).

Menurut syarikat itu, Bursa Malaysia akan menjadi pasaran saham sekunder untuk OMH. Terdahulu, sahamnya telah diperdagangkan secara terbuka di Bursa Sekuriti Australia (ASX) sejak tahun 1998 dan akan terus mengekalkan penyenaraian utamanya di situ.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OMH, Low Ngee Tong berkata, pihaknya gembira dapat terlibat dalam penyenaraian silang pertama antara ASX dengan Bursa Malaysia.

“Kelulusan daripada kedua-dua pihak itu menandakan kejayaan utama kami dalam melengkapkan rancangan masa hadapan kami dengan baik untuk operasi kami di Sarawak.

“Sejak kilang di Sarawak kami beroperasi pada 2014, kami menyasikan peningkatan  sebanyak 25 juta tan kapasiti minyak mentah di rantau Asia dan kapasiti itu dijangka akan terus berkembang,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, dengan peningkatan perbandaran dan pertumbuhan, pihaknya yakin permintaan jangka panjang keluli di rantau ini akan semakin meningkat.

Ujarnya, dalam beberapa bulan akan datang, pihaknya akan berinteraksi dengan bakal pemegang saham dan pemegang saham semasa untuk berusaha membina kesedaran dalam kalangan pelabur untuk penyenaraian sekundernya.

Menurut OMH, penyenaraian itu tidak akan melibatkan penerbitan saham baharu dan disebabkan saham OMH akan terpiawai dalam dua bursa itu, pemegang saham akan dapat memindahkan saham mereka yang tersenarai di ASX ke BSH dan sebaliknya untuk didagangkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya