PETALING JAYA: Nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) dijangka meningkat apabila tempoh moratorium atau bantuan bantuan bayaran pinjaman bersasar tamat, terutamanya dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peminjam runcit. Sehubungan itu, kata Ketua Perkhidmatan Penstrukturan Semula Deloitte Malaysia, Khoo Siew Kiat, risiko pinjaman tertunggak yang lebih tinggi meletakkan lebih tekanan kepada kebolehuntungan bank walaupun secara umumnya bank-bank di Malaysia mempunyai tahap modal yang baik dengan kadar NPL dan kos kredit…









