PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan Seminar Pemindahan Teknologi MPOB (Webinar TOT 2021) secara dalam talian pada 1 Julai ini. Menurut Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, webinar TOT 2021 akan disempurnakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali. Beliau berkata, penganjuran TOT 2021 akan memberi peluang perniagaan kepada usahawan industri kecil sederhana melalui pengkomersialan teknologi yang ditawarkan oleh MPOB.…










