Harga minyak naik, tanda permintaan bahan bakar pulih - Utusan Malaysia

Harga minyak naik, tanda permintaan bahan bakar pulih

PERTUMBUHAN permintaan global terhadap bahan bakar telah mendorong kenaikan komoditi itu, sekali gus memberi petanda pemulihan ekonomi bakal berlaku.– AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Harga minyak me ningkat dua hari berturutturut berikutan permintaan bahan bakar yang kuat di Eropah,
sementara prospek pengembalian bekalan minyak Iran dalam waktu terdekat menipis apabila Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) memaklumkan sekatan terhadap Tehran masih berkuat kuasa.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 15 sen atau 0.2 peratus kepada AS$72.37 (RM297.98) setong. Sebelum ini, Brent meningkat kepada AS$72.58 (RM298.85) iaitu paras tertinggi sejak 20 Mei 2019.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pula melonjak 20 sen atau 0.3 peratus kepada AS$70.25 (RM289.25) setong, setelah diniagakan pada harga AS$70.42 (RM289.95), paras tertinggi sejak 17 Oktober  2018.

Pasaran itu didorong oleh prospek yang kuat untuk pertumbuhan permintaan bahan bakar seiring dengan penarikan sekatan perjalanan di Eropah dengan lebih banyak orang mendapat vaksin.

“Data trafik baru-baru ini menunjukkan pelancong dapat meneruskan perjalanan dengan sekatan yang lebih longgar.

“Oleh itu, dorongan permintaan dijangka lebih kuat,” kata penganalisis ANZ Research dalam catatannya yang  menunjukkan data TomTom mengenai peningkatan kesesakan lalu lintas di 15 bandar Eropah.

Kelmarin, Pentadbiran Maklumat Tenaga AS meramalkan pertumbuhan penggunaan bahan bakar di negara itu tahun ini adalah 1.49 juta tong sehari (bpd), lebih tinggi berbanding ramalan sebelumnya iaitu sebanyak 1.39 juta tong sehari.

Data industri juga menunjukkan inventori bekalan minyak mentah AS jatuh pada minggu lalu, sesuai dengan jangkaan penganalisis.

Institut Petroleum Amerika melaporkan, stok minyak mentah turun 2.1 juta tong pada minggu berakhir 4 Jun lalu.

Kenaikan harga telah dihadkan dalam beberapa minggu terakhir berikutan para pelabur minyak menganggap sekatan terhadap eksport Iran akan ditarik balik dan bekalan minyak akan meningkat tahun ini ketika perbincangan Iran dengan  kuasa barat mengenai perjanjian nuklear berlangsung.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken memaklumkan, walaupun Iran dan AS kembali mematuhi  perjanjian nuklear, ratusan sekatan negara itu ke atas Teheran akan tetap berlaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya