Alam Flora edar Kit Prihatin - Utusan Malaysia

Alam Flora edar Kit Prihatin

MOHD. Zain Hassan membuat penyerahan simbolik Kit Prihatin Alam Flora kepada Dr. Param Jeeth Singh A/L Pakar Singh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengedarkan kira-kira 1,100 pek prihatin kepada petugas barisan hadapan di beberapa lokasi bermula semalam hingga 15 Julai ini.

Lokasi terlibat ialah tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19, tujuh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan Pusat Khidmat Gelandangan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sumbangan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu turut melibatkan pusat khidmat gelandangan kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang turut terkesan akibat pandemik.

Ketua Pegawai EKsekutif Alam Flora, Datuk mohd. Zain Hassan berkata sebagai ahli barisan hadapan, Alam Flora amat memahami kesukaran petugas barusan hadapan yang terdiri daripada pelbagai agensi.

Menurutnya, mereka selalu menghadapi kekangan mendapatkan serta membeli makanan ketika bertugas hingga ada yang terpaksa meminta ahli keluar menghantar makanan, dan tindakan itu mungkin berisiko.

“Sudah lebih setahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia. Barisan hadapan seperti kami ini sama seperti para petugas perubatan serta sukarelawan, yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan berisiko tinggi, tetapi ia tidak pernah sama sekali melunturkan semangat kami untuk memberikan yang terbaik.

“Sebagai menghargai mereka, inilah sumbangan daripada kami bagi memberi pengiktirafan atas pengorbanan yang tidak berbelah bahagi ditunjukkan oleh mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau sebelum itu membuat penyerahan simbolik Kit Prihatin Alam Flora kepada Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Datuk Dr. Param Jeeth Singha a/l Pakar Singh.

Alam Flora adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) yang ditbuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa hingga ke proses pelupusan sampah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN