Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 pupuk budaya menabung - Utusan Malaysia

Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 pupuk budaya menabung

AHMAD DASUKI ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru orang ramai membudayakan tabiat menabung dan membuat perancangan kewangan terutama dalam musim perayaan ini menerusi kempen Jom Beraya,
Jom Menyimpan 2021.

Kempen khas yang turut menawarkan peluang memenangi duit raya bernilai hampir RM200,000 untuk 500 pendeposit bertuah. Kempen ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang membuat pembukaan atau penambahan simpanan di Skim
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dalam tempoh promosi bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2021.

Ketua Eksekutif, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, kempen ini dilancarkan adalah sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada rakyat Malaysia kerana memilih SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan di musim perayaan. Disamping itu,
ianya juga bersesuaian dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana pastinya anak-anak sangat teruja untuk mengumpul
duit raya dan ketika inilah ibu bapa dapat memainkan peranan mendidik mereka untuk menabung.

Ujarnya, lebih menarik, kempen ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu negeri dan nasional, dengan masingmasing  hanya perlu menyimpan serendah RM100 bersamaan satu cabutan peringkat negeri dan RM300 untuk satu cabutan
peringkat nasional serta juga layak tiga cabutan peringkat negeri. Kempen ini tiada had bilangan cabutan.

“Bagi peringkat negeri, hadiah pertama adalah duit raya bernilai RM5,000, diikuti dengan duit raya RM3,000 dan RM500 untuk hadiah kedua dan ketiga serta 22 cabutan saguhati bernilai RM100. Pemenang pertama, kedua dan ketiga akan dipilih daripada setiap negeri. Oleh itu, walau di mana anda berada, anda tetap berpeluang untuk menangi duit
raya dari PTPTN.

“Untuk peringkat nasional pula, hadiah pertama adalah duit raya bernilai RM8,000, diikuti kedua (RM6,000) dan ketiga
(RM4,000) serta 147 cabutan sagu hati bernilai RM200 setiap satu,” katanya dalam sidang akhbar secara maya, baru-baru
ini.

Menurut Ahmad Dasuki, SSPN menawarkan dua produk iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus dengan kelebihan masing-masing
mengikut kemampuan ibu bapa.

“Pendeposit SSPN-i akan menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih, kadar dividen yang kompetitif dan perlindungan takaful percuma secara ringgit ke ringgit bagi pendeposit yang mencapai  simpanan RM1,000 dan ke atas, manfaat kematian/ilat kekal menyeluruh, khairat kematian RM2,000 atas kematian pendeposit dan RM500 atas kematian penerima manfaat, geran sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak dan layak memohon pinjaman PTPTN.

“Bagaimanapun, dari segi kelebihan secara menyeluruh, SSPN-i Plus menawarkan lebih banyak keistimewaan yang
seharusnya direbut oleh semua rakyat Malaysia sebagai pelan penabungan terbaik untuk anakanak kita,” ujarnya.

Jelas beliau, walaupun berdepan tempoh sukar pandemik Covid-19, masyarakat belum terlambat untuk mempunyai simpanan bagi digunakan sekiranya pandemik semakin meruncing kelak.

“Dalam keadaan yang tidak menentu ini, kos pendidikan terus meningkat dan berbeza berbanding 10 tahun lepas.
Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi ‘superhero’ anak-anak dalam menerapkan budaya menabung.

“Menerusi SSPN-i plus, dengan hanya menyimpan dalam pakej minimum RM30 sebulan sehingga pakej maksimum RM500 sebulan, anda boleh dapatkan pelbagai manfaat termasuk perlindungan takaful sehingga RM1 juta. Sekiranya apa-apa berlaku, anak-anak tidak akan terbeban dengan hutang dan boleh meneruskan kehidupan yang baik,” jelasnya.

Tambah beliau, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kini, orang ramai yang berminat boleh membuka atau menambah deposit SSPN melalui kaedah tanpa tunai di laman web www.lovesspn.com.

Selain itu katanya, orang ramai juga boleh menghubungi lebih 400 eksekutif pemasaran menerusi aplikasi Whatsapp, careline atau live chat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya