Kek Batik Kerong, Dilwale idea Dayang Fatimah - Utusan Malaysia

Kek Batik Kerong, Dilwale idea Dayang Fatimah

DAYANG Fatimah menunjukkan salah satu produk kek lapisnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUCHING: Kewujudan pelbagai perusahaan dan penambahan syarikat menghasilkan kek lapis Sarawak tidak mematahkan semangat Dayang Fatimah Awang
Zain, 41, untuk terus konsisten dan bersaing secara sihat di negeri tersebut.
Menurut pemilik M&D Kek Lapis Sarawak ini, meskipun perniagaan membuat kek lapis menjadi antara perniagaan paling popular khususnya di perkampungan
Melayu di Seberang Tebingan Kuching itu tetapi beliau memiliki cara terbaik untuk memenangi hati pembeli.
Jelas Dayang Fatimah yang mula menceburi perniagaan itu sejak tahun 1998 itu, rahsia kejayaannya adalah dengan mengekalkan kualiti produk kek
lapis yang diwarisi secara turun temurun.
Sehingga kini, beliau menawarkan kira-kira 70 jenis kek lapis yang dipasarkan di sekitar bandar Kuching dan di luar bahagian seperti di Sibu dan Miri
serta ke negara Brunei Darussalam.
Gerai M&D Kek Lapis yang terdapat di Lorong 5 Kampung Gersik.
Berbekalkan ilmu asas membuat kek lapis daripada ibu saudaranya di Kampung Gersik, wanita ini mula memberanikan diri mengambil tempahan peribadi dalam kalangan saudaramara dan rakan-rakan sebelum menjadikannya sebagai perniagaan serius pada tahun 2008.
“Dari situ, saya mula mencipta resepi dan reka bentuk kek lapis sendiri untuk menampakkan perbezaan dan keunikan produk berbanding pengusaha lain.
“Antara kek lapis buatan saya sendiri adalah Batik Kerong, Oren Cheese, Mariamar dan Dilwale (berempah).
“Saya juga memfokuskan soal promosi kek yang mana saya gemar bertemu dengan ramai orang selain melawat ke pelbagai tempat seperti di Sibu dan Miri
untuk memasarkan produk,” katanya.
Ibu kepada tiga anak itu memberitahu, penyertaannya sebagai salah seorang sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak tahun 2007 turut membantunya dalam memperluaskan lagi pasaran produk sedia adanya.
“AIM juga telah memberikan bantuan pinjaman modal yang kini jumlahnya telah mencecah RM471,500.
“Daripada modal terbabit, saya mampu membina sebuah kilang yang lengkap dengan peralatanperalatan untuk membuat kek.
“Kapasiti pengeluaran kek juga bertambah kepada antara 300 hingga 400 biji kek sehari,” jelasnya.
Menurut Dayang, sewaktu Hari Raya Aidilfitri, permintaan kek lapis mampu mencecah sebanyak 3,500 biji sehari sehingga terpaksa menolak sebahagian permintaan ekoran kekangan masa dan tenaga kerja. – UTUSAN
Dayang Fatimah Awang Zain
• No telefon: 016-8552710
• Lokasi: Lorong Kampung Pulo
Hilir 7, Petra Jaya, 93050 Kuching.
• Perniagaan: M&D Kek Lapis
Sarawak
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya