IPP melonjak 9.3%, tertinggi sejak 2013 - Utusan Malaysia

IPP melonjak 9.3%, tertinggi sejak 2013

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) melonjak 9.3 peratus pada Mac lalu berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Peningkatan itu adalah yang tertinggi sejak 2013.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan IPP Mac lalu dipacu indeks pembuatan dan elektrik yang masing-masing meningkat 12.7 peratus dan 10.3 peratus.

Bagaimanapun ujarnya, indeks perlombongan menguncup 1.9 peratus.

“Peningkatan output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun itu selepas mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus pada Februari.

“Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada Mac adalah kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (20.9 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (14.1 peratus) serta produk peralatan elektrik dan elektronik (13.8 peratus).

“Industri berorientasikan eksport menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan sebanyak 12.4 peratus manakala industri berorientasikan domestik meningkat 13.4 peratus,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Mohd. Uzir, output sektor perlombongan menguncup disebabkan penurunan 9.4 peratus dalam indeks minyak mentah dan kondensat namun indeks gas asli tumbuh positif 4.3 peratus.

“IPP bagi suku pertama 2021 berkembang 3.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini disebabkan oleh peningkatan 6.8 peratus dalam indeks pembuatan. Sementara itu, sektor perlombongan dan elektrik masing-masing merekodkan kemerosotan 4.1 peratus dan 0.1 peratus,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Uzir memaklumkan, Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPrP) bagi suku pertama 2021 meningkat 0.4 peratus kepada 110.2 berbanding 109.8 pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Jelas beliau, subsektor utama yang menunjukkan kepada peningkatan indeks ini ialah penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (1.4 peratus), aktiviti hartanah (1.4 peratus), kesihatan (1.3 peratus), pendidikan (0.8 peratus) dan pengangkutan (0.1 peratus).

“Bagaimanapun, kesenian, hiburan dan rekreasi serta maklumat dan komunikasi masing-masing menunjukkan penurunan 1.2 peratus dan 0.1 peratus. Indeks Profesional tidak berubah.

“Perbandingan suku tahunan menunjukkan indeks meningkat kepada 0.1 peratus. Peningkatan ini disumbangkan subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi (1.0 peratus), pendidikan (0.4 peratus), aktiviti hartanah (0.4 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.3 peratus) dan kesihatan (0.1 peratus).

“Indeks bagi pengangkutan menurun 0.5 peratus manakala subsektor profesional dan maklumat dan komunikasi tidak berubah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya