fbpx

Tawaran menarik Tropicana

Lakefield Residence Tropicana Height menawarkan suasana kediaman eksklusif kepada bakal penghuni. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) melancarkan kempen Tropicana FeeDOM untuk membantu bakal pembeli memiliki rumah idaman mereka.

Kempen tersebut menawarkan sifar bayaran pendahuluan, rebat sehigga 50 peratus, pembiayaan 100 peratus di bawah HouzKEY Maybank Islamic dan penyenggaraan percuma sehingga 10 tahun.

Menurut Tropicana, bakal pembeli yang memperkenalkan kediaman mereka kepada rakan-rakan dan kaum keluarga yang lain turut berpeluang menikmati imbuhan sebanyak dua peratus.

Kempen berkenaan khusus untuk hartanah yang telah siap dibina dan sebahagian baki unit yang masih dalam pembinaan.

Mengulas kempen ber­kenaan, Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana, Dion Tan berkata, unit-unit yang hendak dijual dalam kempen tersebut sedia untuk diduduki.

“Kami menawarkan kos penyenggaraan percuma sehingga 10 tahun yang akan memberi penjimatan jangka panjang kepada pembeli.

“Fokus kami dalam menambah nilai tawaran sepanjang kempen akan membantu ramai bakal pembeli yang masih mencari kediaman baharu atau unit komersial pada harga yang baik,” katanya dalam kenyataan.

Kata Tan, para pelabur boleh menjana pendapatan melalui sewaan segara kerana hartanah yang ditawarkan telah siap sepenuhnya dan boleh terus diduduki.

Antara hartanah yang terlibat dalam kempen tersebut ialah Tropicana Metropark di Subang Jaya, Tropicana Aman di Kota Kemuning, Tropicana Heights Kajang, Tropicana Residence Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Tropicana Indah Petaling Jaya, Tropicana Danga Cove Iskandar Malaysia, Tropicana 218 Macalister Pulau Pinang dan Tropicana Landmark Kota Kinabalu. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN