PETALING JAYA: realme Malaysia telah melancarkan produk realme 8 pro, peranti pertama yang menampilkan kamera Ultra Quad 108MP iaitu megapiksel tertinggi dalam industri telefon pintar. Pengurus realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, dengan adanya realme 8 Pro, ia pasti dapat memuaskan kehendak anak muda di Malaysia yang mencari telefon pintar dengan reka bentuk ‘trendy’ dan ciri kamera yang hebat. “Ia adalah 108MP dan anda pasti akan menikmati gambar-gambar indah dan pemandangan…