Kesedaran rakyat Malaysia terhadap diabetes membimbangkan - Utusan Malaysia

Kesedaran rakyat Malaysia terhadap diabetes membimbangkan

Penyakit diabetes sering dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan sahaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYAKIT diabetes tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia dan kini menjadi topik perbualan biasa sahaja.

Adalah menjadi kesilapan jika anda menyangka penyakit diabetes hanya dihidapi oleh golongan berusia atau individu yang mempunyai masalah obesiti sahaja.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019), peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019. Laporan ini turut menunjukkan bahawa satu dalam lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia.

Penyakit diabetes sering dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan sahaja. Namun sedemikian, penyakit diabetes amat berkait rapat dengan cara pemakanan tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat.

Apa yang lebih membimbangkan, paras gula dalam darah yang tinggi dan tidak terkawal dalam pesakit diabetes boleh menyebabkan komplikasi penyakit diabetes yang serius.

Antara komplikasi penyakit diabetes termasuk penyakit koronari jantung (kardiovaskular), masalah penglihatan seperti glaukoma dan katarak, penyakit buah pinggang kronik, saraf dan gigi.

Sejajar dengan ini, dicetuskan usaha untuk mengukur tahap kesedaran mengenai penyakit diabetes di kalangan rakyat Malaysia. Maka segenap lapisan masyarakat dijemput menyertai tinjauan Indeks Diabetes Malaysia (IDM) yang bermula sejak 12 April sehingga 9 Mei 2021.

Tinjauan Indeks Diabetes Malaysia (IDM) ini adalah projek komuniti yang disokong oleh AstraZeneca dengan kerjasama Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia (MEMS) untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai penyakit diabetes dan komplikasinya.

Menurut Profesor Dr. Chan Siew Pheng, Presiden Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia (MEMS), “Berdasarkan pemerhatian kami, tahap pengetahuan dan kesedaran berkenaan penyakit diabetes masih rendah. Sebahagian besar rakyat Malaysia masih berpendapat bahawa penyakit diabetes boleh dihindari dengan hanya mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman manis sahaja.”

Mereka masih tidak sedar bahawa penyakit diabetes bukan sekadar manis, tetapi merangkumi amalan cara hidup yang sihat untuk mencegah komplikasi penyakit diabetes,” jelasnya lagi.

Menurut beliau, “Tinjauan IDM ini dilancarkan untuk memahami tahap kesedaran diabetes di kalangan orang ramai dan mengenalpasti jurang kesedaran mengenai isu ini. Hasil tinjauan ini boleh meningkatkan pemahaman kami serta AstraZeneca untuk menyusun kempen kesedaran yang lebih komprehensif pada masa hadapan.”

Hasil daripada tinjauan ini akan diumumkan pada bulan Jun.

Untuk menyertai tinjauan Indeks Diabetes Malaysia (IDM), sila tekan di sini. Tinjauan ini juga disediakan dalam Bahasa Malaysia. Responden tinjauan ini boleh mengubah bahasa yang dipaparkan pada menu lungsur di sudut kanan atas dalam lampiran tinjauan. – UTUSAN

Rujukan

Institute for Public Health 2020. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019: Non-communicable diseases, healthcare demand, and health literacy—Key Findings

Available at: http://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_English.pdf

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya