Covid: Penggunaan internet meningkat - Utusan Malaysia

Covid: Penggunaan internet meningkat

PENULARAN wabak Covid-19 telah meningkatkan penggunaan internet bagi aktiviti e-pembelajaran selepas sesi persekolahan secara bersemuka tidak dijalankan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penggunaan internet di negara ini meningkat dengan ketara tahun lalu kesan daripada impak pandemik Co­vid-19, menurut laporan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Laporan Survei Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2020 mendapati, penggunaan internet dalam kalangan rakyat berusia 15 tahun ke atas meningkat kepada 89.6 peratus tahun lalu berbanding 84.2 peratus pada 2019, peningkatan sebanyak 5.4 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu membabitkan penggunaan internet bagi aktiviti e-pembelajaran, e-Ke­sihatan, e-Kerajaan, e-Dagang dan hiburan.

Beliau berkata, antara aktiviti utama adalah membuat pesanan barangan atau perkhidmatan dalam talian, mendapatkan maklumat kesihatan, menggunakan perbankan internet, menjalani kursus tidak formal dalam talian dan menjalani kursus formal dalam talian.

“Aktiviti internet termasuk membeli barangan atau perkhidmatan melalui e-Dagang, menonton televisyen secara dalam talian, dan mendapatkan maklumat daripada organisasi kerajaan yang secara signifikan meningkat melebihi tujuh peratus.

“Selain itu, peratusan membuat pesanan barangan atau perkhidmatan atas talian seperti melalui telefon, WhatsApp dan Facebook pula meningkat daripada 22.5 peratus pada 2019 kepada 54.4 peratus 2020, pe­ningkatan 31.9 peratus.

“Pada masa sama, penggunaan internet untuk mencari maklumat atau perkhidmatan berkaitan kesihatan turut meningkat kepada 61.9 peratus tahun lalu berbanding 45.2 peratus pada 2019,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd. Uzir berkata, individu yang mengikuti kursus tidak formal dalam talian juga me­ningkat daripada 9.5 peratus kepada 20.8 peratus tahun lalu manakala pembelian barangan atau perkhidmatan melalui e-Dagang seperti Shoppe, Lazada dan Grab pula meningkat daripada 35.2 peratus pada 2019 kepada 45.0 peratus tahun lalu.

Jelasnya, penggunaan internet untuk hiburan turut merekodkan peningkatan daripada 47.8 peratus kepada 55.5 peratus tahun lalu, manakala bagi saluran e-Kerajaan menunjukkan peningkatan sebanyak 7.4 peratus kepada 52.9 peratus.

Bagi penggunaan internet perbankan pula, katanya, ia turut merekodkan peningkatan daripada 50.5 peratus pada 2019 kepada 61.9 peratus tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya