fbpx

8 Mei 2021, 9:48 am

  TERKINI

Awal, Scha dan Lara dilantik Duta KFC

CHAN May Ling (belakang, tiga dari kiri) bersama Duta Add Hope KFC, Awal Ashaari (kanan), Scha Alyahya (dua dari kanan) dan Lara Alana (tiga dari kanan) bersama wakil tiga buah rumah kebajikan yang menerima sumbangan KFC sempena Majlis Pelancaran Kempen ‘Raikan Cara Kita’ di Restoran KFC, Wangsa Maju, kelmarin. – UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: KFC telah me­lancarkan kempen `Raikan Cara Kita’ untuk mengajak orang ramai menceritakan pengalaman manis bersama KFC.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata kempen tersebut bertujuan untuk meraikan perikatan dan keriangan yang dibawa oleh KFC sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

“Kempen itu mengalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah nostalgik KFC Raya melalui media sosial dengan hastag #Raikan Cinta.

“Lebih menarik, kami telah melantik keluarga selebriti Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana sebagai duta KFC Malaysia pertama untuk memeriahkan lagi kempen tersebut,” katanya dalam majlis pelancaran kempen itu di sini kelmarin.

Scha Alyahya menjelaskan, dirinya sebenarnya sudah terlibat secara aktif dalam program Add Hope sebagai jurucakap selama enam tahun.

“Add Hope merupakan Inisiatif KFC untuk membasmi kebuluran di negara ini. Dari situ, saya telah melihat dan menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan.

“Apabila KFC melamar kami untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai duta keseluruhan jenama ini, kami teruja kerana ia merupakan jenama yang dekat di hati kami,” jelasnya.

Keluarga selebriti itu turut menggesa orang ramai untuk kongsikan cerita atau memori KFC raya masing-masing bersamanya.

Bagi memeriahkan sambutan Ramadan dan Raya, menu istimewa yang mengandungi juadah-juadah singnature KFC dikembalikan untuk meningkatkan dana program Add Hope.

Hasilnya akan disumbangkan kepada keluarga, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rumah kebajikan yang layak.

Setiap pembelian Add Hope Meal, 50 sen akan didermakan kepada orang-orang yang memerlukan.

Sempena pelancaran kempen itu juga, KFC melalui Add Hope, telah menyampaikan sumbangan masing-masing RM10,000 kepada tiga rumah anak yatim.

Tiga rumah terbabit ialah Rumah Bakti Datuk Harun, Rumah Anak Yatim Shifa’ dan Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi. – UTUSAN