Selepas 26 tahun, Hong Kong dikeluar senarai IEF - Utusan Malaysia

Selepas 26 tahun, Hong Kong dikeluar senarai IEF

CAMPUR tangan Beijing dalam pentadbiran Hong Kong menjejaskan status wilayah bekas pentadbiran Britiish itu dalam Indeks Kebebasan Ekonomi 2021. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Hong Kong dikeluarkan daripada Indeks Kebebasan Ekonomi (IEF) 2021 global selepas kumpulan pemikir yang menyelaras senarai itu mendapati wilayah berkenaan kini dikawal secara langsung oleh Beijing.

Pengumuman tersebut satu tamparan kepada reputasi Hong Kong selepas Beijing dilihat semakin mencampuri urusan wilayah berkenaan termasuk bertindak ke atas penunjuk pe­rasaan prodemokrasi pada 2019.

Indeks Kebebasan Ekonomi diterbitkan oleh The Heritage Foundation, kumpulan pemikir konservatif di Amerika Syarikat, memberikan ranking kepada negara-negara dan wilayah-wilayah di seluruh dunia me­ngenai sejauh mana peraturan dan undang-undang mereka mesra perniagaan.

Dalam tempoh 26 tahun lalu, Hong Kong sentiasa mendominasi carta dan kedudukan itu digunakan oleh pihak pentadbiran Hong Kong dalam setiap risalah rasmi dan pelaburannya.

Bagaimanapun, ranking yang dikeluarkan untuk tahun ini menyaksikan Hong Kong tiada dalam senarai kerana penerbit percaya wilayah berkenaan tidak lagi bebas sepenuhnya apabila Beijing dilihat turut mencampuri keputusan tertentu yang dibuat pihak kerajaan.

“Hong Kong hilang kebebasan politik dan kuasa autonomi dalam tempoh dua tahun lalu, menyebabkan bandar tersebut kehilangan daya saing kepada beberapa bandar yang menjadi pusat komersial China seperti Shanghai dan Beijing,” kata Pengasas Heritage Foundation, Edwin J. Feulner kepada Wall Street Journal kelmarin.

Tambah beliau, hubungan Hong Kong dengan Beijing semakin akrab, menyerahkan “asas undang-undang, kebebasan bersuara dan demokrasi semakin terhakis.”

The Heritaga Foundation merupakan antara kumpulan pemikir yang sangat berpe­ngaruh di AS.

Feulner yang juga Pengerusi Yayasan Memperingati Mangsa Komunis, sebelum ini turut lantang mengkritik Beijing.

Kerajaan Hong Kong pro- Beijing sebelum ini sangat berbangga setiap kali senarai dikeluarkan oleh kumpulan pemikir berkenaan.

Pada 2019, Hong Kong berada di puncak carta selama 25 tahun berturut-turut, dengan kerajaan berkata: “Ia menunjukkan ekonomi wilayah kekal kukuh, kerangka perundangan berkualiti, tidak bertolak ansur terhadap rasuah, mengamalkan ketelusan pada tahap tinggi dan terbuka kepada pasaran global.”

Bagaimanapun, tahun lalu, kedudukan Hong Kong buat pertama kali digantikan oleh pesaingnya, Singapura, selepas Beijing menguatkuasakan undang-undang dengan alasan mahu mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.