KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada pukul. 8.30 pagi ini sempena Ekspedisi Mahkota Borneo.
Baginda memulakan pendakian dari checkpoint Panalaban pada pukul 2.30 pagi sebelum tiba dengan selamat di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu dalam suasana cuaca yang baik dan penuh semangat.
Kejayaan bersejarah itu mencerminkan semangat ketahanan fizikal, disiplin serta kecekalan tinggi Tengku Hassanal dalam menjayakan misi ekspedisi berkenaan.
Ekspedisi Mahkota Borneo turut dilihat sebagai simbol keberanian, perpaduan dan semangat cintakan alam semula jadi, di samping menjadi inspirasi kepada golongan belia untuk terus mencabar kemampuan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Pendakian tersebut juga menjadi manifestasi komitmen Tengku Mahkota Pahang dalam mendekati rakyat serta menyantuni komuniti setempat sepanjang program ekspedisi berlangsung. – UTUSAN










