NUBE cadang kerajaan laksana Peraturan Pekerjaan Darurat - Utusan Malaysia

NUBE cadang kerajaan laksana Peraturan Pekerjaan Darurat

KEMASUKAN pekerja warga Bangladesh tertakluk kepada saringan keselamatan dan kesihatan termasuk pematuhan syarat-syarat Jabatan Imigresen. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesatuan Nasional Pekerja Bank (NUBE) mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan Peraturan Pekerjaan Darurat yang boleh menghalang mana-mana syarikat membuang pekerja dalam tempoh tertentu.

Ia susulan ancaman pandemik yang masih tinggi dikhuati­ri meletakkan pekerja dalam risiko dihentikan perkhidmatan oleh majikan dalam tempoh tersebut.

J. Solomon

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, sekiranya rakyat kehilangan mata penca­rian dan kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk melindungi mereka, rakyat akan hilang ke­percayaan kepada kerajaan.

“Perdana Menteri telah me­ya­kinkan rakyat bahawa peme­rintah akan terus melindungi mereka.

“Oleh itu, peraturan mendesak ini mesti dilaksanakan untuk melindungi kehidupan pekerja,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam.

Solomon pernah menguta­rakan cadangan sama ketika memegang jawatan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Se­kerja Malaysia (MTUC) pada April tahun lalu.

Menurut beliau, peraturan tersebut bukan sahaja memperuntukkan larangan pemecatan malah menghalang majikan memotong gaji atau memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh pandemik.

“Ini hanya sementara sehingga pandemik selesai. Ia hasil perbincangan bersama beberapa pemimpin kesatuan sekerja ketika itu.

“Kami gesa kerajaan Malaysia untuk melaksanakannya kerana kita mampu untuk buat perkara seperti itu di negara ini,” katanya.

Pandemik Covid-19 memberi kesan negatif yang ketara kepada trend pengangguran negara apabila kadar pengangguran tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu pada 5.3 peratus dengan jumlah penganggur dianggarkan pada 826,000 orang.

Ia selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara buat kali pertama pada Mac tahun lalu.

Walaupun kadar pengangguran menunjukkan pemulihan dengan data terbaharu me­nunjukkan ia berada pada kadar 4.8 peratus pada November 2020, pelaksanaan PKP di enam buah negeri bermula semalam dikhuatiri mendatangkan impak sama seperti PKP tahun lalu.

Disember lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Sa­ravanan memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa terdapat 99,696 orang diberhentikan kerja sehingga 27 November 2020 berdasarkan laporan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya