Johor Bahru kawasan kediaman paling popular - Utusan Malaysia

Johor Bahru kawasan kediaman paling popular

LAKARAN artis projek pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis kediaman kepada rakyat tempatan dan ekspatriat. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Bahru tampil sebagai kawasan kediaman paling popular dalam kalangan pembeli rumah di Malaysia pada 2020.

Dapatan itu hasil pengumpulan data carian tertinggi oleh pengunjung yang melayari laman web hartanah terkenal, iProperty.com.my sejak Januari hingga Disember 2020.

Menurut iProperty.com Malaysia Sdn. bhd. (iProperty), Johor Bahru merupakan pilihan tempat tinggal yang menarik bagi warga asing yang bekerja di Singapura, namun disebabkan penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19, hasrat pembelian mereka terbantut.

“Walaupun pasaran hartanah kediaman di Johor Bahru kekal perlahan pada 2020, diharapkan projek Sistem Transit Rapid (RPT) antara Johor Bahru dengan Singapura yang dijangkakan siap pada 2024 mampu memberi pelbagai impak perubahan dan limpahan ekonomi terutamanya di Iskandar Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut data tersebut, 16.24 peratus carian dalam laman web iProperty adalah berkenaan Johor Bahru manakala kawasan yang mencatat peratus carian kedua tertinggi ialah Petaling Jaya dengan 15.6 peratus.

Petaling Jaya melonjak dari tangga keenam pada 2019 kepada kedua tahun lalu selain tersenarai sebagai antara kawasan yang mendapat carian tertinggi dalam kalangan penyewa tahun lalu.

“Ini didorong oleh kedudukan Petaling Jaya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur dan pelbagai kemudahan yang sudah tersedia.

“Selain daripada One Utama yang sudah popular sejak sekian lama, terdapat pusat beli-belah berdekatan lain seperti Paradigm Mall, Atria Shopping Gallery dan Starling Mall di Uptown Damansara,” katanya.

Selain dua bandar tersebut, tujuh lagi kawasan yang mencatat carian tertinggi ialah Kota Damansara; Rawang; Tropicana; Ipoh; Ampang; Damansara Heights; Cheras dan Shah Alam.

Sementara itu, menurut iProperty, segmen rumah teres merekodkan perolehan modal sebanyak +4.97 peratus dan harga median bagi sebuah rumah teres ialah RM360,000.

“Berdasarkan laporan separuh pertama 2020 Portal Demand Analytics oleh iProperty, rumah teres merupakan satu-satunya yang kekal stabil dari segi median harga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya