BNM kekalkan OPR 1.75 peratus - Utusan Malaysia

BNM kekalkan OPR 1.75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) buat kali ketiga pada kadar 1.75 peratus.

Menurut BNM dalam kenyataan, peningkatan semula kes Covid-19 dan pengenalan langkah pembendungan bersasar telah mempengaruhi momentum pemulihan dalam suku keempat 2020.

Sehubungan itu, bank pusat itu memberitahu, pertumbuhan bagi tahun 2020 dijangka berada angka bawahan dalam julat unjuran awal.

“Bagi tahun 2021, walaupun pertumbuhan jangka pendek dijangka terkesan disebabkan pengenalan semula langkah pembendungan yang lebih ketat tetapi impaknya adalah kurang tinggi berbanding tahun 2020 dengan trajektori pertumbuhan diunjurkan meningkat dalam suku kedua dan seterusnya.

“Peningkatan tersebut akan dipacu pemulihan dalam permintaan global, peralihan dalam perbelanjaan sektor awam dan swasta ekoran sokongan berterusan langkah-langkah dasar dan pengeluaran tinggi daripada kemudahan pembuatan serta perlombongan sedia ada dan baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.