AS perketat sekatan pelaburan di China - Utusan Malaysia

AS perketat sekatan pelaburan di China

Prototaip kereta api berkelajuan tinggi baharu yang dihasilkan oleh China berikutan kejayaan negara itu menguasi teknologi tinggi. Keupayaan itu juga menyebabkan banyak syarikat China disenarai hitam oleh Amerika Syarikat kerana dikaitkan dengan pemilikan oleh pihak tentera. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah memperketat sekatan yang bermula November lalu ke atas pelaburan negara itu dalam apa yang didakwa sebagai syarikat ketenteraan China.

Perkara tersebut diumumkan kerajaan AS kelmarin, sekali gus mengekang akses syarikat China ke dalam pasaran modal AS beberapa hari sebelum Trump melepaskan jawatan.

Di bawah pindaan perintah itu, menjelang 11 November 2021, pelabur AS perlu melucutkan sepenuhnya pegangan mereka dalam syarikat-syarikat yang dikategorikan oleh Jabatan Pertahanan sebagai dimiliki atau dikawal pasukan tentera China.

Pindaan tersebut meluaskan skop perintah eksekutif yang asal pada November, awalnya hanya untuk menyekat pelabur AS daripada membeli saham pada tarikh tersebut.

Sebelum ini, Reuters pernah melaporkan bahawa pindaan tersebut sedang dipertimbangkan.

Seorang pegawai pentadbiran kanan memberitahu Reuters bahawa perintah eksekutif tersebut akan memastikan AS mempu­nyai alat utama untuk melindungi pelabur AS daripada mendanai pemodenan ketenteraan China.

Perintah tersebut adalah sebahagian daripada usaha Trump untuk mengekalkan legasi pendekatan kerasnya terhadap China sepanjang tempoh beliau memegang jawatan Presiden.

Ia turut dilihat memberi cengkaman kepada undang-undang 1999 yang mempertanggungjawabkan Jabatan Pertahanan untuk membuat draf senarai syarikat China yang dipercayai dimiliki atau dikawal oleh pasukan tentera republik itu.

Antara syarikat yang disenarai hitam Jabatan Pertahanan AS setakat ini ialah syarikat pembuat cip ternama China, Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC) dan syarikat minyak gergasi, China National Offshore Oil Corporation (CNOOC).

Walau bagaimanapun, kelmarin, Reuters dan beberapa media lain melaporkan bahawa pentadbiran AS telah membatalkan rancangan untuk menyenaraihitamkan syarikat teknologi gergasi Alibaba, Baidu dan Tencent.

Kedutaan China di Washington tidak memberikan respons segera berkenaan isu tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya