Untung bersih MNRB naik 7.9 peratus - Utusan Malaysia

Untung bersih MNRB naik 7.9 peratus

ZAHARUDIN DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih kumpulan MNRB Holdings Berhad (MNRB) bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan 2021 berakhir 30 September lalu, meningkat 7.9 peratus kepada RM93.2 juta daripada RM86.4 juta dicatatkan sebelumnya.

Dalam tempoh tersebut, syarikat merekodkan jumlah premium kasar dan sumbangan takaful sebanyak RM1.14 bilion, peningkatan 6.5 peratus daripada RM1.07 bilion dicatatkan pada separuh pertama tahun kewangan 2020.

Menurut MNRB, subsidiari insurans semulanya, Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus dalam premium kasar kepada RM671.5 juta daripada RM634.2 juta tempoh sama tahun sebelumnya, didorong oleh perniagaan antarbangsa syarikat.

Katanya, Takaful Ikhlas Fami­ly Berhad pula mencatatkan penurunan sumbangan kasar sebanyak 8.3 peratus kepada RM264 juta daripada RM287.8 juta sebelumnya.

Keuntungan bersih subsidiari tersebut merosot kepada RM13.6 juta daripada RM34.6 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Mengulas prestasi tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Zaharudin Daud berkata, Kumpulan terus kekal berdaya tahan untuk tempoh dilaporkan walaupun berada di tengah persekitaran yang mencabar disebabkan penularan pandemik Covid-19.

“Kami berjaya melalui separuh tahun kewangan yang pertama dan meneruskan perniagaan semsa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Rancangan untuk membangunkan semula perniagaan antarabangsa kami mula membuahkan hasil dan kami menjangkakan pertumbuhan ini akan kekal berterusan pada suku-suku tahun kewangan yang akan datang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi tempoh dilaporkan, keuntungan bersih Malaysian Re susut sebanyak 5.8 peratus kepada RM46.9 juta daripada RM49.8 juta tempoh sebelumnya.

Jelas beliau, ia didorong oleh pengurangan pendapatan pelaburan bersih dan perubahan landskap pelaburan akibat Covid-19.

“Walau bagaimanapun, pe­­ngu­­rangan pendapatan pelaburan bersih ini diimbangi oleh hasil pengunderaitan syarikat yang meningkat iaitu RM11.6 juta berbanding defisit pada tempoh sama tahun lalu,” jelasnya.

Zaharudin berkata, Kumpulan akan memberi tumpuan untuk mengekalkan pertumbuhan melalui perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, kepelbagaian produk, pengukuhan saluran pengedaran dan meningkatkan penguasaan platform digital serta teknologi untuk kekal teguh dan relevan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.