Masalah keselamatan, Honda tarik semula 1.79 juta kenderaan - Utusan Malaysia

Masalah keselamatan, Honda tarik semula 1.79 juta kenderaan

Keputusan Honda menarik balik hampir 1.8 juta kenderaannya di seluruh dunia, sebahagian besar di Amerika Syarikat adalah untuk memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin daripada sebarang risiko. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Honda Motor Co. telah menarik semula sebanyak 1.79 juta kenderaannya di seluruh dunia dalam empat kempen berasingan, termasuk beberapa yang berkaitan dengan laporan kebakaran.

Penarikan semula itu meliputi 1.4 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS).

Pembuat kenderaan Jepun itu memberitahu, penarikan balik tersebut merangkumi 268,000 kenderaan model CR-V keluaran 2002-2006 di AS bertujuan untuk menggantikan suis utama tingkap kenderaan tersebut.

“Walaupun tiada sebarang kecederaan, tetapi 16 kebakaran berkaitan masalah tersebut te­lah dilaporkan.

“Honda menarik semula semua kenderaannya yang menggunakan kuasa tingkap utama keluaran 2012. Penarikan itu dilakukan kerana kegagalan suis yang telah dibaiki di bawah kempen sebelum ini,” jelas syarikat kenderaan itu.

Honda juga menarik sekitar 735,000 kenderaan Accord 2018 di AS, Accord Hybrid dan Honda Insight 2019-2020 untuk mengemas kini perisian Body Control Module.

Honda menjelaskan, sebarang kesilapan pengaturcaraan boleh menyebabkan gangguan pencahayaan beberapa lampu amaran dan kerosakan komponen elektronik termasuk paparan kamera belakang, isyarat belok dan pengelap cermin hadapan.

“Honda juga menarik balik 430,000 kenderaan di 22 negeri AS dan daerah Columbia untuk memeriksa dan mengganti batang pemacu hadapan. Perkara itu berlaku akibat ia berkarat. Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan yang diterima,” katanya.

Honda berkata, alat ganti itu tidak tersedia untuk semua kenderaan yang terlibat dengan ke­rosakan tersebut. Ia hanya ada untuk beberapa model Honda iaitu Civic Hybrid 2012, Honda Fit 2007-2014, Acura ILX Hybrid 2013-2015 dan Accord. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya