Mah Sing hampiri sasaran jualan RM1.1 bilion - Utusan Malaysia

Mah Sing hampiri sasaran jualan RM1.1 bilion

Lakaran artis antara projek yang dibangunkan oleh Mah Sing di Lembah Klang. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat hartanah terkemuka, Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) menghampiri sasaran jualannya untuk tahun kewangan 2020 apabila mencatat jumlah jualan terkumpul sebanyak RM847.1 juta untuk sembilan bulan pertama tahun ini.

Jumlah tersebut adalah 77 peratus daripada sasaran jualan RM1.1 bilion tahun ini, meletakkan syarikat itu dalam landasan tepat untuk mencapai angka tersebut.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, Mah Sing yakin dapat menghabiskan baki 27 peratus jualan dalam suku terakhir berakhir 31 Di­sember ini.

“Pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah dan langkah mesra hartanah lain di bawah pakej rangsangan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) selain persekitaran rendah fa­edah adalah positif untuk pasaran hartanah.

“Kumpulan juga mendapat manfaat daripada pengecualian lima tahun duti setem untuk hartanah berharga bawah RM500,000 untuk pembeli rumah pertama yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2021,” katanya.

Mah Sing mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah pada suku ketiga tahun ini sebanyak RM27 juta berbanding RM50 juta pada suku sama tahun lalu.

Keuntungan bersih terkumpulnya untuk sembilan bulan pertama 2020 menurun 53.5 peratus kepada RM72.26 juta berbanding RM155.35 juta tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, syarikat itu bakal melancarkan beberapa projek untuk baki 2020 dalam segmen mampu milik melibatkan projek seperti Carya di M Aruna, Rawang dan rangkaian rumah Acacia di Meridin Timur, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.