Kegawatan ekonomi bawa tuah Gading Kencana - Utusan Malaysia

Kegawatan ekonomi bawa tuah Gading Kencana

GUNTOR TOBENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tahun 1997 adalah salah satu peristiwa yang paling diingati apabila negara mengalami krisis kewangan sehingga mengalami kejatuhan mata wang termasuk pasaran saham.

Bagaimanapun, tidak bagi Datuk Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng apabila berani tampil membuka syarikat Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana) dengan menjalankan perniagaan awal berasaskan penganjuran seminar berkaitan tenaga elektrik.

Muhamad Guntor merupakan Pengarah Urusan Gading Kencana berkata, dengan berbekalkan modal yang terhad di awal perniagaan, beliau berasal dari Seberang Perak, Alor Setar, Kedah tekad meneruskan perniagaan dengan menceburi bidang tenaga solar.

Kini ayah kepada tiga cahaya mata itu boleh tersenyum melihat Gading Kencana sebuah syarikat penyedia perkhidmatan tenaga boleh diperbaharui berada di puncak kejayaan apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerima Anugerah Asian Photovoltaic Industry Association (APVIA) di Shanghai, China Jun tahun lalu.

Menceritakan lanjut, Muhamad Guntor,58, berkata, memulakan perniagaan ketika negara mengalami kegawatan ekonomi bukanlah perkara mudah dan beliau memulakan perniagaan dengan menjadi pengedar lampu solar taman sebelum bertukar kepada lampu solar jalan.

“Bagaimanapun, perniagaan ini hanya bertahan kira-kira tiga tahun sahaja apabila produk dari China datang dan menawarkan harga lebih murah berbanding pasaran tempatan.

“Akhirnya, pada 2012, saya berjaya mengusahakan ladang solar di Ayer Keroh, Melaka dengan bantuan pelbagai pihak termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pelbagai agensi kerajaan. Bagaimanapun, bukan mudah kerana pada awalnya, bank ragu-ragu dengan kebolehan Gading Kencana kerana ketika itu bidang tenaga solar tidak popular.

“Daripada projek ini, saya belajar bagaimana hendak mengawal kos perniagaan, menjalankannya secara sendiri dengan hanya menggunakan tenaga kepakaran yang ada tanpa perlu mengambil orang luar menguruskannya.

“Kini dengan keluasan tujuh hektar dan dengan kapasiti pengeluaran tenaga lapan megawatt (MW), ladang solar yang menelan belanja RM86 juta ini mampu menjana satu MW dalam setiap 0.61 hektar berbanding piawaian dunia iaitu 2.02 hektar,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Guntor yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sains) pada Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Ke20 baru-baru ini berkata, usahanya yang sentiasa disokong isteri, Datin Hasnah Awang terus membuahkan hasil apabila membuka satu lagi ladang solar di Jeram Mengkuang, Bidor, Perak pada 2017.

Beliau yang fasih berbahasa Mandarin itu berkata, projek yang menelan belanja RM214 juta dengan keluasan tanah kira-kira 39 hektar itu mampu mengeluarkan tenaga 30 MW.

“Projek ini adalah kolaborasi dengan beberapa universiti antaranya UTHM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kira-kira 95 peratus menggunakan tenaga pakar tempatan yang mana semua individu terbabit adalah jurutera muda berusia 35 tahun ke bawah.

“Kita telah menghantar mereka menjalani kursus dan seminar antaranya di China dan Jepun dalam membantu meningkatkan pengetahuan berkaitan tenaga solar selain membawa teknologi-teknologi baharu,” ujarnya memaklumkan projek itu siap pada 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya