Juruterbang hilang kecekapan? - Utusan Malaysia

Juruterbang hilang kecekapan?

Pandemik Covid-19 menyebabkan banyak syarikat penerbangan terpaksa ‘menyimpan’ pesawat mereka akibat tiada penumpang sehingga menjejaskan kecekapan juruterbang. –AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pada 15 September lalu, sebuah pesawat Indonesia membawa 307 penumpang dan 11 krew ke utara bandar Medan berubah haluan sementara selepas pendaratan, mencetuskan siasatan oleh pihak berkuasa di negara itu.

Hasil siasatan mendapati juruterbang yang mengendalikan pesawat tersebut hanya terbang kurang tiga jam dalam tempoh 90 hari terakhir. Juruterbang pertama tiada penerbangan langsung sejak 1 Februari.

Peristiwa itu menggambarkan satu risiko yang timbul akibat pandemik Covid-19, juruterbang tidak mendapat peluang secukupnya untuk terbang kerana syarikat penerbangan terpaksa ‘simpan’ pesawat dan menyusun semula operasi kerana kejatuhan permintaan untuk penerbangan.

Dalam laporan awalnya, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia berkata, pandemik menyebabkan kesukaran untuk mengekalkan kecekapan juruterbang dan pengalaman pe­nerbangan.

Pesawat Lion Air yang terlibat dalam insiden itu merupakan model Airbus SE A330, satu daripada 10 model pesawat syarikat berkenaan. Tiada kemalangan jiwa dalam insiden terbabit.

Disebabkan Lion AIr tidak mempunyai simulator untuk pesawat A330, juruterbangnya dilatih di fasiliti pihak ketiga di Indonesia, Malaysia dan Si­ngapura. Bagaimanapun, sekatan pergerakan Covid-19 menyukarkan perkara itu.

Seorang penasihat penerbangan yang juga penasihat kepada Ketua Lembaga Pengarah Penerbangan Awam India, R. Mohan berkata, penerbangan yang kerap mengekalkan fokus juruterbang kepada kokpit.

“Tidak melakukan penerbangan dalam tempoh yang lama membuatkan juruterbang di zon selesa.

“Ditambah dengan kehilangan pendapatan, ketidaktentuan kerja atau masa hadapan syarikat penerbangan, ia menambah tekanan. Dengan tekanan yang meningkat, kecekapan berkurang,” katanya.

Syarikat analitik, Cirium berkata, hampir satu pertiga pesawat penumpang di dunia kekal dalam simpanan.

Ketika berlaku pemulihan dalam penerbangan domestik di pasaran lebih besar seperti China, trafik penerbangan antarabangsa jauh lebih rendah daripada tahap sebelum pandemik akibat sekatan sempadan dan kuarantin mandatori.

Ribuan juruterbang dihentikan perkhidmatan atau diberi cuti dan mereka yang masih bekerja jarang melakukan penerbangan kerana permintaan yang rendah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya