Dutch Lady labur RM340 juta bangun hab tenusu halal - Utusan Malaysia

Dutch Lady labur RM340 juta bangun hab tenusu halal

Tarang Gupta
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) akan melabur RM340 juta antara 2021 hingga 2025 bagi membangunkan tanah perindustrian seluas 32.59 ekar di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.

Tempat itu dipilih untuk dijadikan hab tenusu halal yang akan memberi manfaat kepada negara.

Pengarah Urusan DLMI, Tarang Gupta berkata, perbelanjaan besar itu bertujuan mendorong cita-cita kumpulan itu dengan meningkatkan penggunaan susu di negara ini bagi menangani peningkatan penyakit berjangkit yang membimbangkan (NCD) seperti kegemukan dan pertumbuhan terbantut.

“Kemudahan baharu itu akan menghasilkan rangkaian nutrisi produk DLMI dengan kelebihan mengeluarkan inovasi lain yang didorong oleh trend pengguna.

“Hab baharu kami di Negeri Sembilan itu akan bertaraf dunia dengan teknologi mesra alam terbaharu kami bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, syarikat ingin bekerjasama dengan kerajaan untuk mengembangkan sektor itu kerana susu merupakan nutrien penting.

DLMI juga mempunyai kapasiti untuk membantu kerajaan dalam dua bidang utama iaitu keselamatan makanan dan membangunkan bekalan makanan domestik.

Gupta menjelaskan, dengan pandemik Covid-19 yang sedang menular, keperluan dan permintaan bekalan makanan domestik semakin meningkat berbanding bergantung kepada makanan import.

Dengan pelaburan baharu itu, katanya, Malaysia akan maju ke hadapan apabila dapat memenuhi keperluan makanannya.

Kumpulan itu berharap dapat terus bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk kerajaan Persekutuan dan negeri untuk membawa perbezaan dalam kehidupan rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya