China desak Ant Group henti operasi - Utusan Malaysia

China desak Ant Group henti operasi

Syarikat Ant Group terus menerima tekanan daripada kerajaan China yang mahu meningkatkan kawalan ke atas syarikat penyedia internet dan pengendali e-dagang di negara berkenaan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Bank pusat China telah memaksa syarikat teknologi gergasi Ant Group Co. Ltd. untuk menghentikan operasi pinjaman pembiayaan pengguna lain.
Ia merupakan cabaran besar buat pengasas dan pemegang sahamnya, Jack Ma.

Pengumuman tersebut telah dilakukan sebulan selepas pe­ngawal selia China secara tiba-tiba menangguhkan tawaran awam blockbuster Ant Group yang bernilai AS$37 bilion (RM149.83 bilion) di Shanghai dan Hong Kong.

Perkara itu turut berlaku setelah pihak berkuasa anti monopoli negara itu menjalankan siasatan terhadap konglomerat e-dagang Alibaba Group Holding Ltd.

Pengawal selia China dan pegawai Parti Komunis telah mula berkuasa dalam mengawal kewangan Ma selepas beliau secara terbuka mengkritik sistem peraturan negara itu pada Oktober lalu.

Wakil Gabenor People’s Bank of China (PBOC), Pan Gongsheng berkata, pengawal selia telah mendesak Ant Group untuk membetulkan kesilapannya yang melanggar peraturan kewangan termasuk dalam perniagaan kredit, insurans dan perniagaan pengurusan harta.

“Mereka perlu merombak semula perniagaan penarafan kreditnya bagi melindungi maklumat peribadi.

“Ant Group harus menubuhkan syarikat pegangan yang berbeza untuk memastikan kecukupan modal dan peraturan dipatuhi,” jelasnya.

Pan memberitahu, syarikat itu juga harus mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan kredit peribadinya serta lebih telus dalam membuat transaksi bayaran kepada pihak ketiga.

Dalam pada itu, Ant Group dalam satu kenyataan berkata, bahawa mereka akan menubuhkan kumpulan kerja baharu untuk menebus kesilapan dengan menurut peraturan sepenuh­nya.

Ant ditubuhkan pada 2004 dan 33 peratus saham syarikat itu dimiliki oleh Alibaba. Aplikasi Alipay mendominasi pembayaran digital di China dengan mempunyai lebih daripada 730 juta pengguna setiap bulan.

Ia dijangka bernilai lebih AS$300 bilion (RM1.22 trilion) dalam debut pasaran sahamnya. China telah mengeluarkan rancangan peraturan pada bulan lepas yang bertujuan mencegah tingkah laku monopoli oleh firma internet.

China memberi amaran kepada syarikat internet gergasi untuk bersiap sedia kerana mereka akan meningkatkan kawalan, denda dan hukuman sekiranya ada pihak yang terlibat dalam kes seperti Alibaba dan Tencent Holdings Ltd. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya