Bjak.my bantu penjimatan RM90 juta - Utusan Malaysia

Bjak.my bantu penjimatan RM90 juta

Pemilihan skim Insurans yang betul dapat melindungi pemilik kenderaan dan membantu mereka ketika menghadapi situasi sukar seperti terlibat dalam kemalangan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bjak.my membantu pemilik kereta di Malaysia menjimatkan lebih RM90 juta melalui perkhidmatan perban­dingan insurans.

Menurut syarikat itu, setakat ini, lebih tiga juta pengguna te­lah mendaftar di platform Bjak.my dan berjaya menjimatkan wang antara RM50 sehingga RM450 bagi memperbaharui insurans kereta.

Ketua Operasinya, Fatin Izzati Masturi berkata, ditubuhkan pada 2019, Bjak.my berjaya menarik jutaan pemilik kendera­an persendirian menggunakan perkhidmatan itu dengan mela­kukan proses banding dan beli insurans motor serta kereta secara dalam talian, menjadikan ia sebagai platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia.

Katanya, Bjak.my memberi ruang kepada pemilik kereta untuk membuat perbandingan dengan lebih 10 syarikat insu­rans dan takaful dalam masa lima minit sahaja.

Antara syarikat-syarikat insurans yang disediakan di platform itu adalah Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Tokio Marine, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

“Penjimatan itu dihasilkan melalui perbandingan antara syarikat insurans yang menyediakan pelbagai variasi premium sehingga 40 peratus. Ia kesan daripada liberalisasi tarif insurans motor yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017.

“Dengan perkhidmatan perbandingan insurans secara atas talian yang disediakan, pemilik kereta kini boleh memilih pakej dari lebih 10 syarikat insurans dalam beberapa minit sahaja, di rumah mereka,” katanya.

Fatin Izzati berkata, setiap hari, pihaknya menerima ba­nyak maklum balas positif daripada para pelanggan melalui media sosial termasuk Facebook mengenai perkhidmatan ditawarkan.

“Kebanyakannya memaklumkan bagaimana kami telah membantu mereka menjimatkan wang dan masa, malah ramai juga pelanggan yang gembira dengan perkhidmatan diberikan oleh Bjak.my,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya