Untung S3 FGV RM136.89 juta - Utusan Malaysia

Untung S3 FGV RM136.89 juta

HARIS Fadzilah Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad (FGV) mencatat­kan keuntungan selepas cukai berjumlah RM136.89 juta dalam suku ketiga (S3) 2020 berbanding kerugian besar RM262.41 juta untuk tempoh sama tahun lalu, didorong kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) dan penyusutan kerugian dalam sektor gula.

Bagi tempoh tiga bulan sehingga 30 September lalu, harga purata MSM mencecah RM2,645 setan metrik (MT), berbanding RM1,983 MT tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, pendapatan bagi tempoh antara Julai hingga September 2020 meningkat kepada RM3.99 bilion daripada RM3.55 bilion suku ketiga 2019.

Dalam pada itu, Haris mengesahkan pihaknya belum menerima apa-apa notis daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung penamatan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan menegaskan, penamatan hanya melibatkan pengembalian semula tanah ladang yang dipajak kepada FGV selama 99 tahun.

Mengenai kilang pemprosesan buah tandan segar (BTS) FGV yang dikatakan akan turut diambil alih Felda, beliau berkata, isu tersebut akan dibincangkan berasingan secara komersial berdasarkan kepada situasi penjual-pembeli yang bersedia.

Namun begitu, menurut Haris, tiada perbincangan dilaksanakan setakat ini melibatkan pembelian kilang tersebut.

“Ia masih status quo tetapi kami telah menulis kepada Felda bahawa apa sahaja perkembangan melibatkan LLA, kita akan buat kenyataan secara bersama.

“LLA hanya melibatkan ladang yang ketika ini dipajak kepada FGV selama 99 tahun, sebarang perbincangan atau minat ditunjukkan kepada kilang akan dibincangkan secara komersial,” katanya dalam taklimat media secara maya prestasi kewangan suku ketiga FGV, semalam.

Mengulas lanjut, Haris berkata, FGV mempunyai 68 kilang memproses BTS seluruh negara yang sangat penting kepada pertumbuhan syarikat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya