KUALA LUMPUR: Susulan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memperincikan langkah-langkah belanjawan yang diambil dengan fokus terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Menurut BNM, pihaknya akan menyediakan kemudahaan pembiayaan tambahan bagi memberikan bantuan dan menyokong pemulihan PKS. “Kemudahan bernilai RM2 bilion adalah untuk PKS berkelayakan yang hasil mereka telah terjejas…










