fbpx

21 Januari 2021, 8:25 pm

  TERKINI

Biden, vaksin kukuh pasaran saham

Indeks Nikkei Jepun melonjak semalam selepas laporan Joe Bidin telah mendapat `lampu hiju' untuk ke Rumah Putih. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasaran saham Asia menokok semalam susulan berita bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden diberi lampu hijau untuk memulakan transisi ke Rumah Putih dan kemajuan dalam penemuan vaksin Covid-19.

Pasaran saham AS turut menerima kesan sama selepas laporan menyatakan bekas Pengerusi Rizab Persekutuannya, Janet Yellen akan dilantik Biden sebagai Setiausaha Perbendaharaan yang baharu.

Berita tersebut membantu indeks terluas MSCI untuk saham Asia Pasifik di luar Jepun menokok 0.15 peratus.

S&P Australia mengukuh 1.1 peratus, mencapai tahap tertingginya selama hampir sembilan bulan dengan dominasi saham tenaga.
Indeks Nikkei Jepun melonjak 2.48 peratus sementara indeks Kospi Seoul 0.74 peratus lebih tinggi.

Saham mewah China dan indeks Hang Seng Hong Kong pula agak terasing apabila ke­dua-duanya jatuh masing-masing 0.75 dan 0.08 peratus.

Terdahulu, Ketua Pentadbiran Perkhidmatan Awam AS, Emily Murphy mengirim surat kepada Biden kelmarin, memberitahu bakal Presiden itu boleh memulakan proses serah tugas.

Kemajuan dalam vaksin Covid-19 pula memberi harapan untuk kebangkitan ekonomi global yang lebih cepat.

AstraZeneca berkata, vaksinnya dengan kos yang lebih murah, lebih mudah diedarkan dan lebih cepat dihasilkan berbanding pesaing yang lain boleh mencecah 90 peratus keberkesanan.

Penganalisis pasaran dari IG Australia, Kyle Rodda berkata, pedagang masih membeli disebabkan berita penemuan vaksin yang meningkatkan harapan untuk berakhirnya pandemik Covid-19.

“Data terkini dari AS memulihkan keyakinan bahawa ekonomi masih boleh bertahan di sebalik peningkatan kes Covid-19 dan kekurangan rangsangan fiskal yang segar.

“Selain itu, berita tentang kemungkinan pelantikan Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan berpotensi meletakkan uber-dove yang sangat mesra Persekutuan di takhta polisi fiskal,” katanya. – AGENSI

BERITA BERKAITAN