AS kemuka dakwaan antimonopoli terhadap Google - Utusan Malaysia

AS kemuka dakwaan antimonopoli terhadap Google

GOOGLE sebeum ini menghadapi kritikan global kerana mensyaratkan penggunaan sistem pembayaran proprietari yang mengenakan komisen sehingga 30 peratus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kumpulan pelbagai pihak di Amerika Syarikat merancang untuk memfailkan saman antimonopoli kepada Google awal tahun hadapan.

Tindakan undang-undang itu bakal diikuti dengan satu lagi saman antimonopoli yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat terhadap Alphabet’s Google pada Oktober lalu.

Antara kumpulan yang terlibat dalam kes itu termasuk dari Colorado, Iowa, Nebraska, New York, North Carolina, Tennessee dan Utah yang juga dikenali sebagai Kumpulan Colarado/Nebraska.

Kumpulan itu merancang untuk menggabungkan kes tersebut dengan kes yang difailkan oleh kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Google menafikan dakwaan terhadapnya itu dengan menegaskan bahawa, enjin carian dan produknya adalah dominan kerana pengguna lebih gemar memilihnya.

Wakil daripada Kumpulan Colarodo/Nebraska memberitahu, mereka akan membuat tuntutan mahkamah pada pertengahan Disember ini.

Kumpulan dari Texas yang diketuai sekumpulan peguam telah memulakan siasatan terhadap Google pada September 2019.

Kumpulan itu mengetuai siasatan membabitkan teknologi pengiklanan dalam talian, sementara kumpulan Colarodo/Nebraska pula memberi tumpuan kepada siasatan lebih besar terhadap Google.

Sumber memberitahu, siasatan oleh kumpulan dari Texas berkemungkinan tergendala selepas laporan FBI sedang menyiasat dakwaan salah guna kedudukan membabitkan Peguam Negara, Ken Paxton, berkaitan dana politik.

Beberapa orang pembantu Paxton yang menjadi pemberi maklumat, telah mengundurkan diri atau dipecat, termasuklah orang yang menjadi individu penting dalam kes Google.

Texas dilaporkan telah mencalonkan Shawin Cowles sebagai Timbalan Peguam Negara untuk kes litigasi sivil. Bagaimanapun, pelantikan tersebut kemungkinan lewat dilaksanakan.

Sehingga kini, pejabat peguam negara Texas tidak dapat dihubungi untuk memberi komen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya