Siti A'iasah dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear - Utusan Malaysia

Siti A’iasah dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear

Siti A'iasah Hashim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agensi Nuklear Malaysia mengumumkan pelantikan Dr. Siti A’iasah Hashim sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa 7 Oktober lalu.

Siti A’iasah akan menggantikan Dr. Mohd. Abd. Wahab Yusof yang telah bersara pada 21 September lalu.

Menurut agensi itu, pelantikan Siti A’iasah berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau khususnya dalam bidang penyelidikan bagi membolehkannya menerajui kepimpinan di agensi berkenaan, seterusnya meneruskan kecemerlangan bagi mencapai matlamat kemajuan pembangunan dan penyelidikan.

“Beliau mendapat pendidikan Ijazah Pertama Kejuruteraan (Elektrik), University of New South Wales, Australia pada 1987 dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Fizik Gunaan (Kawalan Pencemaran Udara) dari Universiti Malaya pada 2015,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Agensi Nuklear turut mengumumkan pelantikan Dr. Abdul Rahim Harun sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Perkhidmatan Teknikal) berkuat kuasa mulai tempoh sama.

Katanya, Abdul Rahim merupakan bekas Pengarah Bahagian Agro dan BioSains dan pakar nuklear dalam bidang pembaikan mutasi tanaman.

“Beliau juga pernah menjalankan beberapa misi pakar bagi pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Laos dan Mauritius.

“Agensi Nuklear mengucapkan sekalung tahniah di atas pelantikan tersebut serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd. Abd. Wahab di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang beliau memegang jawatan Ketua Pengarah sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.