Peniaga tidak mahu PKP semula - Utusan Malaysia

Peniaga tidak mahu PKP semula

ROHANI MAHAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Baru saja hendak bernafas semula, kini golo­ngan peniaga dan penjaga kembali berasa bimbang serta takut ekoran peningkatan kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Bagi golongan itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh dilaksanakan semula ke­rana ia menjejaskan sumber pen­dapatan mereka.

Pengerusi Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia (Gapema) Pahang, Rohani Mahat berkata, kira-kira 300 penjaja dan peniaga Melayu di setiap daerah di negeri menarik nafas lega apabila kembali berniaga setelah PKP berakhir.

“Namun, kita berasa bimbang kerana setelah baharu saja hendak bernafas semula, kes jangkitan pandemik Covid-19 meningkat.

“Kita harap semua pihak mematuhi prosedur operasi stan­dard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi memastikan penularan wabak ini dapat dibendung, ramai pihak khususnya peniaga Melayu akan terjejas jika PKP kembali dilaksanakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

ASMAH SUHAR

Seorang peniaga kedai makan di Jerantut, Asmah Suhar berkata, ketika Covid-19 mula melanda fasa pertama banyak perniagaan terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan penyakit berbahaya itu.

“Ketika PKP hampir semua pe­niaga menghadapi tempoh sukar kerana hilang punca pendapatan manakala sewa premis perlu dijelaskan.

“Sekarang pun pelanggan se­makin kurang kerana orang ramai berwaspada untuk keluar rumah kerana bimbang penularan Covid-19,” katanya.

Peniaga pakaian dari Temerloh, Mat Diah Abdul Rahman berkata, dia tidak sanggup lagi menempuh fasa PKP kerana selain hilang punca pendapatan ia boleh meningkatkan stres dan kemurungan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.