Pelabur asing jual RM1.43b dana pada September - Utusan Malaysia

Pelabur asing jual RM1.43b dana pada September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus merekodkan aliran dana keluar bersih bagi ekuiti tempatan apabila menyaksikan sebanyak RM1.43 bilion dana telah dijual bulan lalu, peningkatan RM240 juta berbanding RM1.19 bilion yang dicatatkan pada Ogos.

Menurut MIDF Research dalam nota kajian, sekiranya trend penjualan itu berterusan, aliran keluar dana asing dijangka kekal melonjak bagi Oktober.

Bagi minggu pertama Oktober, pelabur asing telah pun menjual sebanyak RM543.91 juta ekuiti tempatan.

MIDF Research berkata, peruncit turut mencatatkan penjualan dana berjumlah RM171.54 juta minggu lalu manakala institusi tempatan bagaimanapun merekodkan pembelian ekuiti sebanyak RM715.48 juta.

“Perubahan corak tindakan peruncit dalam minggu pertama Oktober itu menandakan ia adalah minggu kedua berturut-turut peruncit menjual ekuiti tempatan walaupun dalam jumlah kecil.

“Kami merasakan reaksi ini mungkin disebabkan berakhirnya moratorium pinjaman di mana pelabur runcit mungkin telah memutuskan untuk mengaut keuntungan yang dilihat sejak Mac lalu,” katanya dalam nota kajian itu.

Sebaik sahaja pasaran dibuka semula Isnin lalu, Pelabur asing telah menjual RM292.6 juta ekuiti tempatan dengan peruncit dan institusi tempatan merekodkan pembelian masing-masing berjumlah RM47.5 juta dan RM245.2 juta.

Walau bagaimanapun, aliran keluar dilihat berkurangan hari Selasa dan Rabu iaitu pada kadar RM167.9 juta dan RM83.8 juta. Aliran keluar paling kecil direkodkan pada hari Khamis iaitu berjumlah RM57.75 juta.

Aliran masuk asing dicatatkan pada hari terakhir dagangan minggu lalu iaitu sebanyak RM58.1 juta disebabkan minat semula dalam saham sarung tangan dan juga berita Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang turut dijangkiti Covid-19.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit merekodkan pengurangan mingguan sebanyak 19.7 peratus dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) manakala pelabur asing mencatatkan pengurangan ADTV berjumlah 3.66 peratus manakala institusi tempatan turut merudum 23.13 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya