Industri penerbangan terus suram - Utusan Malaysia

Industri penerbangan terus suram

Penularan pandemik Covid-19 menjejaskan industri penerbangan global dan domestik dengan syarikat mengalami kerugian menyebabkan banyak pekerja diberhentikan.– UTUSAN/ ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Industri penerbangan kini sudah berubah dan setiap syarikat yang terlibat perlu beradaptasi untuk terus bertahan.

Penganalisis industri penerbangan dari Endau Analytics, Shukor Yusof berkata, kenyataan itu perlu diterima semua syarikat penerbangan.

“Pemikiran baharu perlu ada. Ia boleh datang daripada mereka yang berpandangan jauh dan inovatif,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Krisis akibat pandemik Covid-19 memberi tamparan hebat kepada industri penerbangan apabila larangan penerbangan antarabangsa dikenakan kepada hampir semua negara di dunia.

September lalu, Kumpulan Bertindak Pengangkutan Udara (ATAG) meramalkan, kira-kira 4.8 juta pekerja syarikat penerbangan dan separuh daripada 87.7 juta pekerjaan yang berkaitan sektor penerbangan terancam akibat krisis itu.

Hal sama turut dirasakan di Malaysia apabila dua syarikat penerbangan gergasi di negara ini, Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan AirAsia Berhad berhadapan risiko bankrap jika tiada suntikan dana diberikan kepada mereka.

Mengulas lanjut, Shukor meramalkan masa hadapan industri penerbangan akan terus suram dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Kata beliau, Covid-19 memberikan kesan yang berkekalan dan syarikat penerbangan perlu bijak beradaptasi terhadap perubahan yang berlaku.

“Syarikat besar juga berisiko dan perlukan penstrukturan semula.

“Kesannya sudah dirasakan dan ia berkekalan. Selepas pandemik kita akan terus melihat syarikat penerbangan dan penumpang berkurangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya