Gopeng Berhad lahirkan usahawan nanas - Utusan Malaysia

Gopeng Berhad lahirkan usahawan nanas

AHMAD Faizal Azumu melihat proses membersihkan buah nanas sebelum dibungkus pada Majlis Pelancaran Pusat Pemprosesan dan Pengumpulan Nanas Gopine di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Gopeng Berhad telah melaksanakan beberapa program utama bagi pembangunan perladangan nanas MD2 atas jenama produk Gopeng Premium Pineapple (Gopine) sekali gus menyahut hasrat kerajaan membantu golongan B40 menambah pendapatan mereka.

Gopeng Berhad merupakan syarikat bumiputera yang terlibat dalam dalam projek perladangan khsusunya tanaman nanas MD2 seluas 200 ekar atau 80.9 hektar terletak di daerah ini.

Pengerusi Eksekutif Gopeng Berhad, Datuk Mohd. Salleh Hashim berkata, projek itu di sebahagian tanggungjawab korporat dan komersial syarikat meliputi program agropreneur perladangan, usahawan peruncitan dan agrokomersial.

Menurut beliau, program agropreneur perladangan menyasarkan usahawan muda yang akan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) penanaman dan mendapatkan bekalan benih tanaman secara terus.

“Kontrak belian semua hasil akan diberikan sekiranya usahawan mengikut sepenuhnya SOP kami. Keluasan bagi seorang peserta tidak melebihi 20 ekar (8.9 hektar) dengan latihan dan bimbingan secara berterusan akan diberikan.

“Bagi program usahawan peruncitan pula ia untuk melahirkan usahawan pemasaran buah segar dan produk hiliran Gopine secara jualan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pusat Pemprosesan dan Pengumpulan Nanas Gopine di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri.

Mohd. Salleh memberitahu, pihaknya menyasarkan sebanyak 500 kiosk usahawan pada tahun ini dengan kos permulaan kira-kira RM3,500 meliputi sebuah kiosk, perkakasan niaga dan stok permulaan 200 kilogram buah nanas bagi setiap pengusaha.

Katanya, program agrokomersial pula merupakan kerjasama pembangunan ladang secara komersial bagi keluasan melebihi 100 ekar (40.4 hektar)

“SOP penuh, input pertanian dan bekalan benih tanaman akan dibekalkan oleh Gopeng Berhad dan perjanjian belian semula hasil MD2 akan dimeterai.

“Fokus utama projek agrokomersial ini adalah bagi mewujudkan ladang nanas premium MD2 secara komersial di mana perancangan teliti akan dibuat bagi memastikan standard pengeluaran hasil mencapai kualiti eksport,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya