Fiat Chrysler, Peugeot selesai agihan ahli lembaga pengarah - Utusan Malaysia

Fiat Chrysler, Peugeot selesai agihan ahli lembaga pengarah

Stellantis akan mempunyai 11 ahli pengarah dengan empat wakil masing-masing daripada Fiat Chrysler dan Peugeot. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Syarikat pembuat kereta Itali-Amerika Syarikat (AS), Fiat Chrysler dan syarikat terkemuka Perancis, Peugeot me­ngumumkan ahli lembaga pe­ngarah (BOD) bagi Stellantis iaitu syarikat yang akan dilancarkan tahun depan apabila kedua-dua syarikat itu menyelesaikan proses penggabungan.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, Presiden Fiat Chrysler, John Elkann akan dilantik menjadi Presiden bagi syarikat baharu itu manakala Ketua Peugeot, Carlos Tavares bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis.

Kedua-dua syarikat juga ma­sing-masing akan mempunyai empat wakil daripada 11 anggota lembaga pengarah dengan jawatan terakhir iaitu pengarah bebas diisi oleh bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Henri de Castries yang dilantik Peugeot.

Penggabungan bernilai AS$50 bilion (RM208.12 bilion) yang pertama kali diumumkan tahun lalu disekat oleh penularan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi. Ia dijangka selesai pada separuh pertama 2021.

Berdasarkan angka daripada Organisasi Pengilang Kenderaan Bermotor Antarabangsa, Stellantis akan menjadi pengeluar kenderaan keempat terbesar dunia selepas penggabungan tersebut.

Stellantis akan membawa ke­lebihan kepada kedua-dua syarikat menerusi rangkaian masing-masing.

Menurut penganalisis, rangkaian Fiat Chrysler di AS akan memberi Peugeot akses lebih besar ke pasaran itu sementara Peugeot akan memberi Fiat lebih banyak akses ke pasaran China dan Asia.

Peugeot juga disifatkan mempunyai teknologi lebih maju berbanding Fiat Chrysler dalam pengembangan kereta elektrik.

Awal tahun ini, Tavares me­ngatakan penstrukturan semula strategi syarikat baharu di pasaran China menjadi keutamaan syarikat itu.

Menurut angka dalaman sya­rikat, Fiat Chrysler dan Peugeot menjual kira-kira 210,000 kenderaan di pasaran China tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya