Bank Rakyat naik taraf sistem - Utusan Malaysia

Bank Rakyat naik taraf sistem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengingatkan pelanggannya untuk merancang transaksi perbankan sebelum tempoh gangguan perkhidmatan bermula pukul 4 petang hari ini (Jumaat, 9 Oktober) hingga 12 tengah hari, Isnin, 12 Oktober 2020 disebabkan proses menaik taraf sistem.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata, pelanggan tidak perlu bimbang kerana segala maklumat berkaitan simpanan dan rekod pembiayaan mereka di Bank Rakyat tidak akan terjejas selepas sistem itu dinaik taraf.

“Ini termasuk bagi wang yang didepositkan dan disimpan di Bank Rakyat, urusan pembayaran wang pencen serta potongan gaji bulanan pelanggan.

“Seluruh warga kerja Bank Rakyat juga komited dalam memastikan sistem baharu ini beroperasi dengan baik ketika pelaksanaan sistem baharu tersebut pada 12 Oktober 2020,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah beliau, gangguan semua perkhidmatan perbankan, kecuali Kad Kredit-i, disebabkan proses transformasi digital ke sistem Perbankan Teras (Core Banking, CoBRa) baharu bagi menaik taraf serta mempertingkatkan mutu dan operasi perbankan Bank Rakyat.

Antara perkhidmatan yang tidak boleh digunakan pada tarikh dan waktu tersebut termasuklah, perkhidmatan kaunter di semua cawangan Bank Rakyat/Ar-Rahnu, perbankan internet (iRakyat), ibizRakyat, Kad Debit-i dan semua terminal layan diri Bank Rakyat iaitu mesin juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), mesin deposit duit syiling (CoDM), mesin cash-in cash-out (CICO) serta Ejen Bank (Rakyat Care).

“Semasa tempoh berkenaan, pelanggan masih boleh menggunakan perkhidmatan Kad Kredit-i Bank Rakyat untuk semua transaksi bagi pembelian di kaunter, dalam talian serta melakukan pengeluaran tunai di ATM bank-bank lain yang mempunyai logo Mastercard,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80-5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my dan laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya