AirAsia teruskan momentum pemulihan - Utusan Malaysia

AirAsia teruskan momentum pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Berhad (AirAsia) meneruskan momentum pemulihannya dengan peningkatan metrik operasi utama pada September berbanding Julai, termasuk dari segi peningkatan jumlah penumpang.

Menurut AirAsia, peningkatan itu melibatkan AirAsia Malaysia dengan peningkatan 36 peratus, manakala AirAsia India (79 peratus) dan AirAsia Thailand (65 peratus).

Katanya, faktor beban untuk syarikat itu juga meningkat sebanyak tujuh peratusan pada September berbanding Julai, yang memberikan gambaran pemulihan permintaan perjalanan udara untuk pasaran utama syarikat tersebut.

“AirAsia Malaysia mengoperasikan 52 peratus daripada kapasiti domestik pada September, berbanding hanya 40 peratus pada Julai disebabkan permintaan perjalanan meningkat sejak suku kedua apabila larangan pergerakan antara negeri mula dilonggarkan.

“AirAsia Malaysia juga mencapai 68 peratus faktor beban dengan membawa hampir 1.8 juta penumpang pada suku itu. Ketika kapasiti diturunkan pada Oktober disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), AirAsia Malaysia berusaha untuk mencapai 60 peratus kapasiti domestik pada suku keempat, seperti yang pernah dicapai ketika sebelum pandemik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas syarikat itu, AirAsia Indonesia turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan walaupun masih di bawah paras prapandemik Covid-19.

“AirAsia Indonesia menghantar faktor beban sebanyak 49 peratus untuk suku ketiga 2020, jatuh 36 mata peratusan berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Operasi AirAsia Indonesia beransur-ansur pulih sejak permulaan semula perkhidmatan pada 19 Jun, namun masih di bawah paras sebelum Covid.

“AirAsia Indonesia membawa hanya empat peratus penumpang atau 73,905 orang pada suku ketiga 2020. Jumlah penumpang yang dibawa meningkat 18 kali ganda suku ke suku sejak kami melancarkan lebih banyak penerbangan seiring dengan kelonggaran larangan penerbangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya