Kudrat Djokovic makin rapuh

Kudrat Djokovic makin rapuh

Novak Djokovic tersingkir awal di Terbuka Itali kepada pemain muda Croatia, Dino Prizmic, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Jaguh tenis Serbia, Novak Djokovic mencetuskan kebimbangan besar menjelang Terbuka Perancis selepas tersingkir awal di Terbuka Itali kepada pemain muda Croatia, Dino Prizmic, semalam.

Djokovic yang baru kembali daripada kecederaan bahu dilihat hilang sentuhan sebenar apabila tewas 2-6, 6-2, 6-4 kepada pemain ranking ke-79 dunia itu dalam aksi yang dianggap antara kejutan terbesar kejohanan setakat ini.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir saya datang ke kejohanan tanpa sebarang masalah fizikal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sekarang ini sentiasa ada sesuatu yang mengganggu dan ia seolah-olah menjadi realiti baharu yang perlu saya hadapi,” kata Djokovic.

Kekalahan tersebut sekali gus menimbulkan persoalan sama ada pemenang 24 gelaran Grand Slam itu masih mampu kembali garang di Roland Garros selepas beberapa kali terpaksa menarik diri daripada kejohanan musim ini akibat kecederaan.

Prizmic yang membesar dengan menjadikan Djokovic sebagai idolanya pula tampil luar biasa apabila berjaya memaksa ikon Serbia itu tunduk dengan pukulan agresif dan bertenaga sepanjang perlawanan.

“Ini momen yang sangat besar buat saya dan peluang berkongsi gelanggang dengan legenda seperti Djokovic adalah sesuatu yang luar biasa.

“Hari ini saya bermain menakjubkan dan saya sangat gembira dengan prestasi yang saya tunjukkan,” kata Prizmic. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×