MEKAH: Dalam lautan jutaan manusia memenuhi Masjidil Haram, ada yang datang dengan satu tujuan iaitu menyempurnakan ibadah, namun sebaliknya wujud satu kelompok yang tidak pernah disebut namanya, tidak pula dikejar ganjaran, tetapi sentiasa ada saat diperlukan. Mereka tidak mengejar tawaf sunat, tidak sempat bermunajat lama di hadapan Kaabah, malah terpaksa mengorbankan waktu rehat demi memastikan orang lain dapat beribadah dengan tenang. Inilah wira senyap petugas haji Malaysia yang bekerja di…










