PETALING JAYA: Sultan mempunyai kuasa prerogatif untuk menegur, menasihati semula malah menolak nasihat kerajaan negeri sekiranya ia dilihat menggugat kerukunan masyarakat, prinsip patuh syariah atau bercanggah dengan keadaan tempatan. Pengasas Jurisprudens Watan dan Profesor Madya ISTAC-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, dakwaan dalam sistem Raja Berperlembagaan bahawa Sultan mesti sentiasa mengikut nasihat badan Eksekutif secara mutlak adalah satu salah faham yang sengaja disebarkan.…










