Anwar Syahrin letak jawatan - Utusan Malaysia

Anwar Syahrin letak jawatan

Anwar Syahrin Abdul Ajib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd. mengumumkan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah menyerahkan notis peletakan jawatan semalam.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UEM Sunrise berkata, Anwar Syahrin meletakkan jawatan bagi meneroka peluang kerjaya lain.

Menurut UEM Sunrise, Lembaga Pengarah akan mempertimbangkan tarikh kuat kuasa peletakan jawatan Anwar Syahrin.
“Dalam masa yang sama, rancangan peralihan akan dilaksanakan untuk memastikan penye­rahan tanggungjawab berjalan lancar.

“Ia juga bagi memastikan pengurusan perniagaan dan operasi UEM berterusan. Syarikat akan membuat pengumuman mengenai tarikh pengunduran diri Anwar Syahrin pada waktunya,” katanya dalam makluman tersebut.

Peletakan jawatan Anwar Syahrin muncul tanpa diduga susulan cadangan penggabungan antara UEM Sunrise dengan Eco World Development Group Bhd.

Isnin lalu, UEM Group Bhd. dalam kenyataan memberitahu sedang meneroka peluang untuk proses penggabungan UEM Sunrise dan Eco World sekali gus mewujudkan satu daripada syarikat pemaju hartanah terbesar Malaysia.

UEM Group telah pun menghantar surat pada 2 Oktober lalu kepada Lembaga Pengarah ke­dua-dua syarikat untuk mempertimbangkan potensi penggabungan UEM Sunrise dan Eco World.

“Dengan unjuran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM173.2 bilion dan pemilikan tanah lebih daripada 6,879 hektar dalam negara, UEM Group percaya penyatuan industri ini akan mencipta nilai kepada semua pemegang saham.

“Penggabungan yang dicadangkan tetap tertakluk kepada perbincangan lembaga pengarah syarikat masing-masing dan sehingga kedua-duanya sedia meneruskan proses ini, tidak ada kepastian bahawa cadangan penggabungan ini akan menghasilkan perjanjian atau kewajiban antara kedua-dua syarikat.

“Sekiranya mereka akhirnya bersetuju membuat perjanjian antara lain melibatkan transaksi yang dikenakan akan mendapat persetujuan pemegang saham dan badan pengawal selia,” katanya.

Peletakan jawatan Anwar Syahrin juga muncul selepas pengumuman UEM Sunrise memeterai dua perjanjian bagi penjualan tanah berkeluasan 68.72 hektar di Iskandar Puteri, Johor bernilai RM434.3 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UEM Sunrise berkata, kedua-dua perjanjian itu melibatkan anak syarikat milik penuhnya, UEM Land Bhd. dan anak syarikat milik penuh tidak langsung, Nusajaya Heights Sdn. Bhd. dengan AME Elite Consortium Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya