Whitbread henti lebih 6,000 pekerja - Utusan Malaysia

Whitbread henti lebih 6,000 pekerja

Impak Covid-19 terhadap UK semakin jelas lebih-lebih lagi selepas kerajaan menamatkan sepenuhnya Skim Pengekalan Pekerjaan bulan hadapan. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Impak Covid-19 ter­hadap ekonomi United Kingdom (UK) semakin jelas apabila pemilik rangkaian hotel Premier Inn dan restoran Brewers Fayre, Whitbread mengumumkan rancangan untuk menghentikan kira-kira 6,000 pekerja.

Perkara itu diumumkan hanya beberapa jam sebelum kerajaan menggariskan sekatan baharu dalam sektor hospitaliti bagi menangani peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Whitbread berkata, pihak­nya telah memulakan perbincangan dengan pekerja dan berharap majoriti pekerja yang akan dihentikan melakukannya secara sukarela lantaran kerugian yang dihadapi dalam krisis Covid-19.

Mengikut laporan, jualan sepanjang separuh pertama tahun kewangannya sehingga 27 Ogos jatuh sehingga hampir 80 peratus akibat sekatan pergerakan yang memaksa penutupan kebanyakan operasi.

Bahagian penginapan dilaporkan mendahului pasaran sejak pembukaan semula sementara jenama restorannya mendapat keuntungan hasil impak positif skim Eat Out To Help Out. Jualan keseluruhan di UK pada Ogos pula meningkat, namun masih 38.5 peratus kurang tahun ke tahun.

Whitbread memberitahu, cadangan penghentian pekerjanya dibuat berdasarkan ramalan permintaan yang terus perlahan memandangkan England bersedia dengan sekatan terbaharu yang digariskan Perdana Menteri, Boris Johnson semalam.

Syarikat itu turut bertanggungjawab atas Skim Pengekalan Pekerjaan yang akan ditamatkan sepenuhnya bulan hadapan walaupun menerima bantahan keras daripada parti pembangkang, kesatuan seker­ja dan pemimpin perniagaan yang mahu ia dilanjutkan secara lebih tersasar.

“Perubahan ini akan mencipta model buruh yang lebih fleksibel dan mampu beradaptasi dengan perubahan dalam persekitaraan permintaan pada masa hadapan.

“Keutamaan kami adalah untuk memastikan prosesnya adil dan pekerja yang terlibat akan dibantu,” kata syarikat itu.

Penghentian pekerja itu yang meliputi 18 peratus daripada keseluruhan tenaga kerjanya akan menjadi langkah penjimatan kos utama dan menyaksikan jumlah ketua pejabatnya berkurang sehingga 20 peratus.

Langkah lain yang turut diambil ialah penggantungan dividen dan pemotongan gaji sukarela untuk lembaga pengarah dan kumpulan pengurusannya.

Whitbread telah menyelesaikan terbitan hak bernilai 5 bilion pound (RM26.49 bilion) untuk meningkatkan jumlah tunai manakala sahamnya yang telah kehilangan separuh nilai setakat ini jatuh lagi tiga peratus.

“Pasukan kami telah bekerja keras untuk membuka semula hotel-hotel serta restoran-restoran dan kini kami dalam fasa pemulihan dalam respons terhadap krisis Covid-19.

“Prestasi kami selepas pembukaan semula mendahului pasaran, namun memang sudah diketahui sejak awal krisis ini, walaupun sekatan dilonggarkan dan perniagaan hospitaliti seperti kami dibuka semula, permintaan tetap rendah berbanding tahap tahun kewangan 2020 untuk satu tempoh yang lama.

“Dengan berlatarkan keadaan ini, kami telah mengambil tindakan untuk melindungi perniagaan, mengekalkan fleksibiliti kewangan dan memposisikan ia untuk kejayaan jangka panjang,” kata Ketua Eksekutifnya, Alison Brittain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya