PETALING JAYA: Penyelarasan pewartaan fatwa berkaitan ajaran Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM) atau Qadiani di seluruh negara perlu dilakukan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan terhadap fahaman itu dapat dilaksana secara lebih berkesan dan seragam. Ia perlu dilakukan bagi keputusan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dengan memfatwakan bahawa ajaran Qadiani adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam serta boleh membawa kepada kekufuran. Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri…










