WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menjangkakan satu perjanjian dengan Iran bagi melanjutkan gencatan senjata dan membuka semula Selat Hormuz dapat dicapai dalam tempoh minggu hadapan, ketika usaha diplomatik berdepan ‘gangguan’ susulan ketegangan di Asia Barat. Dalam temu bual telefon bersama ABC News pada Isnin beliau berkata, perkembangan rundingan adalah positif meskipun terdapat beberapa ‘masalah’ yang dicetuskan daripada ketegangan antara Israel dan Hizbollah. Ditanya bila perjanjian dan memorandum persefahaman…










