TikTok tolak Microsoft, pilih Oracle - Utusan Malaysia

TikTok tolak Microsoft, pilih Oracle

Usaha Microsoft untuk memiliki operasi aplikasi perkongsian video popular China TikTok di AS, gagal. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Microsoft memaklumkan tawarannya untuk membeli aplikasi perkongsian video popular, TikTok untuk operasi Amerika Syarikat (AS) telah ditolak.

Kegagalan Microsoft itu membukan ruang kepada Oracle membuat bidaan saat akhir.

Laporan CNN Business yang memetik sumber memberitahu, pemilik TikTok, ByteDance te­lahpun memilih Oracle sebagai rakan kongsi bagi operasi aplikasi itu di AS.

Bagaimanapun, maklumat lanjut perjanjian tersebut tidak dapat dipastikan.

Wall Street Journal dan Reuters pula melaporkan, Oracle yang menjual teknologi pengkalan data dan sistem awan kepada syarikat lain telah memenangi bidaan dengan memetik sumber terdekat.

Oracle mahupun ByteDance enggan mengulas laporan ber­kenaan.

Presiden AS, Donald Trump meletakkan 15 September sebagai tarikh akhir untuk aplikasi milik China itu menjual operasinya atau mereka dipaksa tutup.

Pentadbiran Trump menganggap TikTok dan aplikasi milik China yang lain adalah ancaman kepada keselamatan negara.

Terdahulu, media melaporkan Oracle mempertimbangkan de­ngan serius untuk membeli perniagaan TikTok di AS, Kanada, Australia dan New Zealand de­ngan firma-firma pelaburan, termasuk General Atlantic dan Sequoia Capital.

Seorang jurucakap TikTok memberitahu BBC, firma itu “tidak memberi komen tentang perkembangan Microsoft mahupun spekulasi Oracle”.

Kelmarin, Microsoft mengumumkan bahawa ByteDance menolak untuk menjual operasi AS TikTok kepada mereka.

“Kami yakin bahawa tawaran kami memberi kebaikan kepada pengguna TikTok dan dalam masa yang sama melindungi kepentingan keselamatan negara.

“Kami teruja untuk melihat bagaimana perkhidmatan ini berevolusi dalam bidang-bidang utama,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ini memberi ruang kepada Oracle, yang menurut Trump pada bulan lalu, merupakan sebuah ‘syarikat yang baik’ untuk mengambil alih operasi TikTok di AS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya