Samsung terima projek Verizon AS$6.6b - Utusan Malaysia

Samsung terima projek Verizon AS$6.6b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Samsung Electronics mengumumkan berjaya menerima projek bagi membekalkan penyelesaian komunikasi tanpa wayar bernilai AS$6.6 bilion (RM27.39 bilion) kepada Verizon di Amerika Syarikat (AS).

Penganugerahan projek tersebut dianggap sebagai ‘kemenangan besar’ syarikat Korea Selatan itu dalam pasaran rangkaian 5G.

Menurut penganalisis pasaran, prospek perniagaan rangkaian global Samsung semakin cerah susulan sekatan AS terhadap pesaing terbesarnya iaitu Huawei.

“Samsung berjaya memenangi tempahan daripada Verizon yang mampu membantu syarikat itu mengembangkan perniagaan peralatan telekomunikasi ke pasaran luar sekali gus berpeluang memberi kelebihan untuk berunding dengan negara lain,” kata Park Sung-Soon iaitu penganalisis pasaran di Cape Investment and Securities.

Julai tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Verizon, Hans Vestberg pernah memberitahu CNBC bahawa syarikat itu tidak menggunakan langsung peralatan Huawei dengan Verizon te­lah pun menjadi pelanggan Samsung sebelum penganugerahan projek tersebut.

JP Morgan dalam nota kajian Julai lalu pula meletakkan Verizon sebagai pelanggan terbesar Nokia.

Jurucakap Samsung memberitahu, tempahan Verizon itu adalah untuk peralatan rangkaian namun syarikat berkenaan enggan memberi komen mendalam mengenai terma kontrak seperti penggunaan peralatan 5G.

“Dengan kontrak strategik jangka panjang ini, Samsung akan terus menembusi sempadan inovasi 5G bagi meningkatkan pengalaman mudah alih pelanggan Verizon,” kata Samsung dalam kenyataan.

Dalam makluman, Samsung memberitahu bahawa kontrak yang ditandatangani oleh unit AS Samsung dengan Verizon Sourcing LLC itu adalah selama lima tahun dari 30 Jun lalu sehingga 31 Disember 2025.

Samsung mempunyai tiga peratus penguasaan pasaran dalam peralatan telekomunikasi global tahun lalu di belakang Huawei yang menguasai 28 peratus, Nokia (16 peratus), Ericsson (14 peratus), ZTE (10 peratus) dan Cisco sebanyak tujuh peratus.

Bulan lalu, pentadbiran Presi­den Donald Trump mengumumkan rancangan untuk melelong spektrum yang sebelum ini dikhaskan untuk penggunaan ketenteraan kepada penggunaan komersial bermula pertengahan 2022 bagi meningkatkan liputan 5G di AS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya