Pengangguran: Belia paling terkesan - Utusan Malaysia

Pengangguran: Belia paling terkesan

Penutupan banyak sektor perniagaan di United Kingdom telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi sekali gus meningkatkan kadar pengangguran terutama membabitkan golongan belia. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jumlah belia yang menganggur di United Kingdom (UK) meningkat sebanyak 156,000 orang dalam tempoh tiga bulan sehingga Julai, menurut perangkaan terbaharu.

Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) UK mendedahkan, mereka yang berusia antara 16 sehingga 24 tahun mengalami kejatuhan kadar guna tenaga terbesar berbanding kumpulan umur lain.

Secara keseluruhannya, kadar pengangguran UK meningkat kepada 4.1 peratus sepanjang tempoh tersebut, berbanding 3.9 peratus sebelum ini.
Syarikat terus membuang pekerja sebagai persediaan memandangkan bantuan bayaran gaji buat pekerja yang dicutikan bakal tamat tidak lama lagi.

Kira-kira 695,000 pekerja di UK kehilangan pekerjaan sejak Mac, ketika sekatan pergerakan dilaksanakan.

Skim Pengekalan Pekerjaan oleh kerajaan mula dikurangkan bulan hadapan sebelum ber­akhir pada 31 Oktober.

Pengarah Perangkaan Ekonomi ONS, Darren Morgan berkata, ada tanda-tanda bahawa ekonomi boleh dibuka semula seperti yang berlaku pada Julai apabila perniagaan seperti restoran, pub dan kedai gunting rambut dibenarkan untuk beroperasi semula.

“Walau bagaimanapun, de­ngan jumlah pekerja yang be­kerja menurun semula pada Ogos dan kadar pengangguran terus me­ningkat mendadak pada Julai, jelas bahawa Covid-19 masih mempunyai impak besar kepada dunia pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Economic Times melaporkan, ekonomi UK mulai pulih pada Julai selepas pe­rintah larangan pergerakan aki­bat Covid-19 mula dilonggarkan.

Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi masih lagi perlahan dan kini berdepan risiko berkaitan Brexit.

Pada Julai lalu, lebihan perdagangan UK turun kepada 1.07 bilion pound (RM5.70 bi­lion) daripada 1.16 bilion pound (RM6.18 bilion) Julai 2019, dengan ekport susut -19.3 peratus tahun ke tahun, sementara import pula jatuh -13.7 peratus.

Meskipun semua larangan berkaitan dengan Covid-19 telah dilonggarkan, jumlah daga­ngan masih lagi pasif disebabkan rundingan isu-isu perdagangan Brexit, selain sekatan aktiviti rentas sempadan.

“Ketegangan isu-isu geopolitik turut mengundang risiko kepada aktiviti perdagangan glo­bal. Kami menjangkakan aktiviti perdagangan akan pulih secara berperingkat pada separuh kedua 2020,” kata seorang penganalisis ekonomi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya