Ekuinas agih RM120 juta kepada YPB - Utusan Malaysia

Ekuinas agih RM120 juta kepada YPB

PERDANA MENTERI, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan penyerahan agihan keuntungan Ekuinas kepada YPB oleh Pengerusinya, Tan Sri Raja Arshad Raja Uda kepada Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) mengagihkan RM120 juta daripada keuntungannya kepada Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) untuk manfaat pemegang unit bumiputera dalam dana amanah yang diuruskan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menurut Ekuinas dalam kenyataan, pengagihan itu adalah sebahagian daripada keuntungan bersih Ekuinas setelah penutupan Dana 1 Ekuinas Direct (Tranche 1) Fund.

Pengagihan itu meningkatkan jumlah agihan kepada PNB kepada RM320 juta selepas RM200 juta telah diagihkan pada tahun 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd. Kadir berkata, PNB telah dikenal pasti sebagai institusi sesuai untuk disalurkan pengagihan kerana mempunyai platform terbaik memandangkan rangkaian pemegang unit amanah bumiputera yang luas sejajar dengan objektif sosial Ekuinas meningkatkan kekayaan golongan itu secara berkesan.

“Prestasi Ekuinas sehingga hari ini telah membuktikan model ekuiti persendirian memainkan peranan positif menjana pertumbuhan ekonomi.

“Ini dapat dilihat melalui pencapaian kami yang berjaya menjana pulangan daripada pelaburan dan seterusnya mengagih keuntungan kepada masyarakat bumiputera secara meluas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ekuinas telah menubuhkan satu kerangka kerja untuk pengagihan yang menetapkan jumlah prinsipal yang diperolehi semula daripada pelaburannya akan dilabur semula untuk masa hadapan.

Keuntungan yang dijana akan dibahagikan secara adil di antara memperluaskan aktiviti pelaburan selanjutnya dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah ILTIZAM dan lebihannya akan diperuntukkan untuk pengagihan kepada bumiputera.

“Sejak 10 tahun lalu, keunikan model PE kami telah membuktikan keberkesanan Ekuinas dalam melaksanakan objektif komersial dan sosial.

“Kami telah menyumbang dan memberi impak kepada bumiputera secara langsung atau tidak langsung melalui aktiviti pelaburan dan inisiatif lain seperti Skim Insentif Ekuiti kepada pengurus bumiputera, program ILTIZAM dan juga pengagihan keuntungan.

“Kami berharap dapat terus berbakti kepada masyarakat dan menyempurnakan mandat dalam mencipta nilai jangka masa panjang yang mampan untuk masyarakat bumiputera secara meluas,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn mengucapkan tahniah kepada Ekuinas atas pulangan positif daripada dana sulung agensi tersebut.

“Kami berbesar hati dapat memainkan peranan dalam pengagihan keuntungan untuk manfaat bumiputera seiring dengan misi PNB sendiri iaitu untuk menjana dan meningkatkan kekayaan masyarakat bumiputera serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya